Tips Sukses: Tanya Diri Sendiri Soalan Ini

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Saya percaya energi diperlukan untuk berjaya. Kita perlu isi diri kita dengan semangat motivasi yang tinggi, dikelilingi oleh orang berjaya dan mempunyai strategi yang penting dan berkesan.

Sepanjang perjalanan kehidupan saya, penemuan formula kejayaan adalah terlalu besar rupanya. Maksudnya, untuk berjaya terlalu banyak cara! Tetapi kalau beberapa cara ini diamalkan – masya Allah, besar kejayaan yang bakal anda perolehi, insha Allah.

Dalam tip untuk berjaya, iaitu sentiasa konsisten dalam keadaan berenergi adalah mempunyai kemahiran bertanya kepada diri sendiri. Saya senaraikan apakah contoh soalan yang boleh meningkat motivasi diri:

 

#. Bayangkan diri anda pada 5 atau 10 tahun akan datang. Di mana anda akan berada? Bagaimanakah keadaan anda dari segi pendapatan, masa dan kerjaya?

#. Apakah pencapaian terbaik yang telah dicapai dalam hidup anda setakat ini? Sudah puas hati atau biasa-biasa sahaja?

#. Apakah cabaran yang pernah anda lalui sepanjang proses mencapai yang terbaik? Bagaimana cara anda menyelesaikan cabaran itu?

#. Apakah peluang terbesar yang kamu miliki yang perlu kamu fokuskan dan memastikan yang kamu mencapainya?

#. Apakah kekuatan yang kamu perlukan bagi mengukuhkan dan memaksimukan peluang yang ada, dan apakah kemahiran dan sumber kamu perlkan bagi mengembangkan kekuatan yang belum dimiliki bagi mengambil peluang itu?

 

Kelima-lima soalan ini saya pakai untuk diri saya juga dan ketika saya berjumpa kepada rakan-rakan yang mahu melibatkan diri dalam insurans / takaful.

 

Soalan tambahan:

#. Jika anda cuba buat bisnes Takaful, andai jika anda gagal sekalipun, apa yang anda rugi?

Ceritakan sikit bagaimana saya bermula dan apa pelung yang dia boleh capai dan dapat di sini. Membuat persetujuan untuk hadir ke kelas agensi bermula minggu ini. Lebih bagus galakkan kehadiran rakan-rakan atau saudara mara.

Cuba dulu, dan kongsikan hasilnya.

 

Memberi untuk menerima.

Adib Yazid

Advertisement

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s