Kenapa Seorang Kakitangan Awam Memerlukan Insurans / Takaful Peribadi?

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Rata-rata perbualan semalam adalah berkisarkan pertukaran Menteri Besar Kedah yang baru. Tapi kebanyakan memberi pandangan sinis. Seorang yang mempunyai pendidikan tinggi mampu mentadbir negeri ditukar kepada orang lain – dikatakan kredibilitinya diragui.

Apakah?

Dalam minggu ini, ada dua temujanji saya bersama dengan orang yang bekerja dengan kerajaan. Tambahan, soalan ini diutarakan oleh rakan bisnes saya – apakah perlunya seorang kakitangan awam mempunyai polisi insurans / takaful?

Jawapannya – sangat PERLU.

Kenapa?

Saya beri beberapa poin:

#1. Anda seorang kakitangan awam, anda tahu siapa yang bekerja di hospital tersebut (kalau bukan hospital, klinik kesihatan). Anda mungkin tahu si polan, si polan. Lebih mendalam, anda tahu bagaimana kualiti kerja mereka (saya tidak tahu). Soalan, adakah anda mahu dirawat oleh rakan-rakan anda disitu?

#2. Saya faham kerja kerajaan, bagus. Kalau anda doktor, anda diberi kelas layanan pertama. Anda terbaring di hospital disebabkan beberapa penyakit. Mahukah anda dirawat di situ, di samping satu hospital tahu apakah sakit anda?

#3. Anda bekerja di hospital – maksudnya hospital adalah tempat anda. Kalau sakit, anda ditempatkan di tempat kerja anda. Boleh tak saya tanya, ada potensi ada staf anda masuk menjenguk anda bertanyakan soal kerja? Mahukan keadaan begitu kalau anda sakit?

#4. Mempunyai prioriti utama dalam senarai hospital kerajaan – bagus. Itu untungnya bekerja untuk kerajaan. Berapakah bilangan hospital kerajaan? Kalau anda duduk di Klang, ada Hospital Tengku Ampuan Rahimah. Oh? Alhamdulillah, ada hospital baru buka – Hospital Shah Alam. Hmm, lagi satu – Hospital Banting. Ada insurans / takaful peribadi, menambahkan bilangan pilihan.

#6. Saya mungkin akan kasar sedikit. Hospital awam memanglah awam. Ada Nepal. ada Bangladesh, ada Indonesia (bukan saya nak berkasar tapi kena terima hakikat). Soalan ini sensitif – adakah anda mahu ditempatkan sekali dengan mereka.

#7. Anda kakitangan awam, lebih peka tentang hospital awam. Saya tanya – adakah kalau masuk hospital tiada caj langsung (minimum RM1) dikenakan kepada anda? Pernah dengar, ada orang minta caj sampai beribu-ribu ringgit? Mana ‘percuma’nya perkhidmatan mereka?

 

 

Jikalau anda seorang kakitangan awam yang sedang membaca, ini adalah tujuh poin kenapa seorang kakitangan awam memerlukan insurans / takaful. Masakan, mantan Dr. Mahathir pun ada polisi sendiri?

Memberi untuk menerima.

Adib Yazid

Advertisement

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s