Assalamualaikum dan selamat pagi.
Kalau anda sedang membaca ini, bermakna anda sedang bernafas dan masih bernafas meneruskan kelansungan hidup seharian. Tak perlu hirau siapa pemimpin negara anda hari ini, siapa bos anda hari – saya minta 5 minit ini untuk anda fokus kepada ‘ekonomi’ diri sendiri. Boleh?
Pergerakan ekonomi dunia adalah satu kemestian. Ia mempunyai polar dan aturan sendiri. Dulunya, kita lihat pada tahun 2008. Belakang lagi, kita lihat pada 1998-1999. 10 tahung ke belakang lagi, tahun 1987. Iaitu pada tahun di mana saya dilahirkan. Melihat ekonomi dunia adalah bagus, tapi pesan saya fokus apa yang diri sendiri boleh ubah.
Untuk merubah ekonomi dunia adalah benda gila, tapi membuat perubahan ekonomi sendiri ada lebih senang. Saya telah berkongsi pandangan saya mengenai ekonomi dunia bersama-sama rakan saya di bangku mamak-mamak 24 jam, dan apa yang kita perlu buat. Saya telah kongsikan sejak tahun 2014 lagi. Alhamdulillah, ada beberapa perkara saya sudah bersedia.
Bagaimana pula persiapan dari segi bisnes?
Bisnes kecil yang baru hendak bertapak, ketika ekonomi ‘down’ adalah waktu terbaik meningkatkan nilai bisnes anda. Apa yang saya bakal kongsikan, adalah bukan dari diri saya sendiri. Saya dengar dari radio BFM. Ini adalah LIMA poin, yang perlu anda PATUT lakukan ketika ekonomi ‘down’.
#1. Telefon semua klien-klien anda, rakan-rakan anda bertanya khabar.
Tanya bukan hal perihal bisnes. Tanya mengenai keadaan mereka. Anda mungkin sudah dengar beberapa syarikat telah menggugurkan pekerja mereka. Ada syarikat telah kurangkan pekerja mereka demi penjimatan kos. Mungkin itu rakan anda. Anda tidak tahu. Di sini adalah peluang anda bina ‘networking’ baru, kongsi pengalaman dan belajar daripada keadaan ini. Kalau anda bijak, anda boleh hidu peluang baru.
#2. Ubah skrip jualan anda.
Waktu ekonomi ‘down’ adalah waktu yang emosional. Dikatakan waktu ini, kecenderungan untuk berhati-hati terhadap apa yang mereka mahu beli, lebih tinggi berbanding ketika waktu ekonomi dalam keadaan baik – tidak risau sangat soal bajet. Tanya diri anda sendiri, bagaimana anda ‘approach’ ketika sesi jualan. Ubah dan sesuaikan dengan keadaan hari ini.
#3. Penekanan strategi pemasaran yang lebih mendalam dan lebih meluas.
Kalau anda kenal Pn. Ainon, anda tahu ayat ini; ‘More channel, more profit’. Apakah maksudnya? Menurut apa yang saya dengar, ketika ekonomi ‘down’, akan lebih ramai menghabiskan masa duduk di rumah dengan aktiviti tidak menggunakan banyak duit dan bergerak. Contohnya, melayari internet. Kebanyakan mereka menjadikan waktu ini sebagai waktu untuk pelajari sesuatu ilmu. Gunakan FB bukan hanya sekadar sosial media, tapi lebih dari itu – memberi pemasaran berunsurkan pendidikan. Buat testimonial sedia ada, buat video kongsikan pengalaman bisnes anda, dan pelbagai lagi.
#4. Takrifkan semula keunikan anda.
Sebagai seorang usahawan, anda kena mempunyai USP iaitu ‘unique selling point’. Jikalau anda seorang penjual pisang goreng, apakah yang membezakan pisang goreng anda berbanding penjual pisang goreng taman sebelah, jiran sebelah atau orang lain. Tambahkan nilai-nilai yang baik pada diri anda sebagai seorang penjual / usahawan. Nilai ini tak semestinya dalam bentuk duit sahaja (contoh; anda beli pisang goreng daripada saya, saya bagi percuma air). Nilai tambahan ini boleh dalam bentuk ilmu.
#5. Sentiasa berterusan, istiqamah dalam membuat inovasi.
Produk yang anda sedang jual anda ‘upgrade’ kepada lebih baik. Jangan bergantung pada satu produk sahaja, variasikan lagi dan mahirkan lagi pada produk-produk yang mampu dijual. Seperti contoh pisang goreng. Sebelum ini hanya pisang goreng. Selepas itu ada pisang goreng cheese. Selepas itu ada pisang goreng cheese dan coklat pula. Jadi lebih kreatif pada waktu begini.
Apa yang saya sampaikan, adalah untuk diri saya juga.
Kongsikan kepada rakan lain, jika apa yang saya sampaikan bermanfaat kepada anda.
Memberi untuk menerima.
Adib Yazid