Assalamualaikum dan selamat pagi.
Saya percaya, anda masih berada dalam ‘mood’ bercuti panjang. Saya merasakan ada yang sambung cuti hingga seminggu lamanya. Ada juga yang sudah pulang ke kota, melangsungkan kehidupan rutin; pergi ke kerja di awal pagi dan pulang di lewat petangnya.
Cuti kali ini bagi saya sangat istimewa. Telefon pintar saya rosak.
Smartphone ini adalah telefon yang sangat bermakna bagi saya. Ini kerana simbolik saya berhenti kerja dan menjerumuskan diri ke dalam dunia baru – dunia insurans / takaful, dunia yang mungkin di luar sana memandang jelak atau low-standard suatu masa dulu.
Smartphone atau apa jua telefon, ia adalah alatan penting sebagai seorang ejen insurans / takaful. Anda perlu berhubung dengan prospek anda, bakal klien, klien-klien ataupun rakan bisnes anda. Paling penting, senang dihubungi apabila klien-klien berada dalam masalah seperti kemasukan ke hospital atau kejadian tidak diingini – kemalangan. Senang kata, tanpa telefon boleh jadi pelik sekejap. Bukan sebagai seorang ejen, anda juga yang sedang membaca setuju bahawa kekerapan anda guna smartphone pun sudah lebih dari kebiasaan, bukan?
Mempunyai smartphone ini, sejak tahun 2013 pada bulan Februari lagi sudah mempunyai pelbagai cerita ‘rosak’. Pernah smartphone kena air hujan, sebab bawa motor air masuk ke dalam beg. Pernah juga jatuh, tak boleh dengar bunyi. Banyak kali juga masuk ke ‘workshop’. Ada juga peristiwa tiada telefon sehingga satu minggu lamanya.
Ada orang bertanya kepada saya, ‘Kenapa boleh pecah?’ atau ‘Eh, tak buat screen protector ke?’ atau ‘Tak buat, tempered glass ke?’
Kerjaya saya dalam industri insurans / takaful ini, memang faham kepentingan ‘perlindungan’ atau ‘pengurusan risiko’ ini.
Hari ini rata-rata mempunyai smartphone sendiri yang canggih-canggih. Saya pun tak tahu dah berapa jenama sudah wujud di pasaran Malaysia ini. Anda mungkin lebih mahir. Saya dari dulu hanya satu jenama smartphone je saya pakai – Apple. Tidak pernah bertukar. (Memang ada kawan saya kata saya adalah Apple Fag)
Saya juga seperti anda, faham untuk menjaga smartphone. Sejurus mempunyai smartphone, saya salutkan smartphone saya dengan casing yang boleh elakkan hentakan. Sekejap pakai kulit, sekejap pakai getah. Dulu saya tidak tahu sangat mengenai tempered glass, saya hanya mempunyai screen protector. Alasannya, apabila masuk dalam poket tidak bercalar dengan kunci.
Ya, saya sayangkan smartphone saya. Apatah lagi, ia amat penting untuk klien-klien berhubung dengan saya. Jadi, tak kisah laburkan beberapa ringgit untuk ‘melindungi’ smartphone saya.
Lama-kelamaan, tahun ini, 2016 – screen protector tiada (dah lama tanggal), casing sudah kerapkali bertukar. Terbaru casing-nya sudah koyak. Saya buat keputusan, saya tanggalkan terus sahaja biarkan smartphone saya dalam keadaan ‘bogel’. Saya rasa, mungkin selamat untuk beberapa waktu.
Tidak disangka-sangka, pagi Raya Cina, smartphone saya terjatuh di lantai dari meja menyebabkan skrin retak. Tidak boleh dipakai, tidak boleh dilihat. Apabila melihat kejadian ini, saya rasa diri saya dalam keadaan kebodohan seketika. Masa itu juga saya berkata-kata dalam hati;
‘Kalaulah aku tak tanggalkan casing ni, jatuh pun tak pecah.’
‘Kalaulah aku buat cover tempered glass hari itu, mesti tak jadi macam ini.’
Kalaulah, kalaulah, kalaulah.
Saya melihat situasi itu, saya terfikir tentang seseorang saya jumpa – melewatkan membuat keputusan mahu mempunyai polisi Takaful sendiri. Akhirnya, setelah kemalangan menimpa (nasib baik tidak teruk), baru hendak mahu berjumpa.
Saya ibaratkan diri kita adalah smartphone. Semua cantik, bersinar-sinar warnanya, tidak calar. Nilai smartphone itu tinggi atau tidak bergantung pada apa Apps (aplikasi) yang telah dimasukkan. Sebabkan smartphone itu ber’nilai’, dan tak mahu sesuatu terjadi kepadanya – smartphone itu disarungkan bekas yang cantik, tahan hentak dan macam-macam lagi.
Diri kita, seharian, potensi terdedah pada risiko seperti kemalangan, kecederaan, penyakit berjangkit, penyakit kritikal dan paling tinggi, kematian – potensi ini bila-bila masa sahaja boleh berlaku. Saya bukan minta anda pakai kain sarung yang tebal-tebal, macam sarung smartphone.
Saya minta anda fahamkan nilai diri anda, dan kepentingan melindungi diri anda dari segi kewangan – insurans / takaful sebagai instrumen perlindungan diri anda.
**Kos membaiki LCD dan skrin pecah adalah RM460. Tapi, KALAU saya mulakan awal – letak tempered glass RM10 dan casing RM8, saya boleh selamatkan RM460. Sekurang-kurangnya boleh beli limau kotak banyak-banyak, sempena Raya Cina.
Memberi untuk menerima.
Adib Yazid