PERHATIAN – Pencarum Prudential yang menggunakan Kad Debit sebagai Transaksi.

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Kepada semua pemegang polisi Prudential Assurance Malaysia Berhad & Prudential BSN Takaful Berhad, yang menggunakan KAD DEBIT sebagai cara pembayaran (bulanan, suku tahun, setengah tahun, tahunan).

Mulai 1 Januari 2016, Bank Negara Malaysia telah membuat peraturan baru untuk pemegang Kad Debit, dimana perlu membenarkan secara spesifik (atau Opt In**) untuk transaksi seperti berikut:

  • Apa sahaja transaksi CNP (Card-Not-Present), seperti pembayaran atas talian (online) atau pemotongan secara auto (auto-billing) yang menggunakan kad anda; pemotongan untuk pinjaman, pembayaran termasuklah insurans dan takaful.
  • Transaksi luar negara yang menggunakan Kad Debit.

Dengan itu, untuk memastikan polisi atau sijil takaful anda sentiasa aktif dan up-to-date, anda perlulah:

  1. Menelefon bank masing-masing (senarai bank ada di bawah) bagi membuat pengesahan jika terdapat sekatan (disable).
  2. Memberitahu atau mengesahkan untuk pengaktifan iaitu membenarkan pemotongan melalui kad debit anda.
  3. Pengaktifan ini adalah sekali sahaja.

 

Senarai bank dan nombor untuk dihubungi:

  1. Maybank : 0378443696
  2. CIMB : 0322956100
  3. RHB : 0392068228
  4. Bank Simpanan Nasional : 0326131900
  5. Public Bank : 0321766000
  6. Hong Leong Bank : 0376268899
  7. Bank Islam : 0326900900

Caruman yang tidak ditolak pada Januari dan Februari 2016, sila hubungi saya untuk memastikan caruman anda sentiasa up-to-date.

 

Soalan Berkaitan

#1. Apa itu maksud Opt In?

‘Opt In’ bermaksud pemegang kad memberi kebenaran kepada bank untuk menerima pembayaran secara automatik menggunakan kad debit (autobilling transaction using Debit Card)

Transaksi ini dikenali sebagai ‘Card Not Present’ (CNP) atau MOTO (Mail Order / Telephone Order), di mana pemegang kad tidak perlu berada secara fizikal menunjukkan kad debit untuk pemotongan.

 

#2. Bilakah bermulanya peraturan ini?

Ia sudah bermula dengan segera.

 

#3. Bagaimana pelanggan Prudential / Prudential BSN Takaful melakukan Opt  In?

Bank mempunyai cara Opt In yang berbeza. Anda boleh rujuk di laman web mereka. Kebanyakan mempunyai cara menelefon bahagian servis pelanggan untuk penerangan yang lebih baik.

Apabila sudah Opt In, anda perlu pastikan ianya sudah berjaya.

 

#4. Apa berlaku jika tidak Opt In?

Pemotongan tidak akan berjaya. Jika tidak berjaya, ia akan memberi impak besar kepada status polisi insurans atau sijil takaful anda terutama dari segi tuntutan.

Advertisement

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s