Projek 1000 ‘Presentation’

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Pernah tahu Projek 1000 ‘Presentation’?

Projek ini adalah mengasah anda menghilangkan rasa takut untuk berjumpa dengan orang ramai. Apa yang anda perlu ada?

  1. Facebook / Whatsapp / SMS / Telefon.
  2. Skrip yang telah dirangka.
  3. Alatan atau set ‘presentation’ yang anda mahir.
  4. Borang penilaian, menilai ‘presentation’ anda.
  5. Kesanggupan untuk buat Projek 1000.

Pertama sekali, gunakan segala ruang media sosial atau apa sahaja, untuk aktiviti ‘blast’ iaitu menghantar mesej atau skrip jualan yang saya akan kongsikan kepada seramai mungkin.

Apakah skrip itu? Skrip itu berbunyi begini:

 

Assalamualaikum / Hi, Nama saya Adib Yazid dan saya sedang menjalani satu latihan di mana saya perlu berjumpa dengan 1,000 orang untuk mendapatkan maklumbalas tentang prestasi saya berhadapan dengan orang lain.

Tujuan perjumpaan hanyalah untuk meminta bantuan untuk mendapat feedback dan bukan tujuan jualan dan bantuan anda akan saya balas dengan sedikit cenderahati sebagai tanda terima kasih. Saya akan memberikan penerangan tentang takaful yang berkaitan dengan perancangan kewangan, masa depan, dan juga persaraan anda. Saya hanya minta anda untuk mendengar.

 Jika anda bersetuju, sila balas Yes berserta dengan no telefon anda untuk saya hubungi. Jika tidak, sila balas dengan No. Terima Kasih.

 

Mesej yang ingin disampai adalah untuk berkongsi, bukan untuk menjual. Terpulang, menggunakan kreativiti anda untuk memberitahu niat anda kepada prospek anda.

Dengan menggunakan kemahiran yang anda ada, atau anda betul-betul baru, gunakan Sales Kit Presentation yang pernah saya gunakan (dan masih gunakan). Anda boleh rujuk disini berkaitan Sales Kit Presentation.

Selepas anda kongsikan atau buat ‘presentation’, hulurkan borang penilaian kepada prospek dan minta prospek nilaikan diri anda – samada bagus, kurang bagus atau teruk! (Insha Allah, berkat ajaran dan anda belajar dari ejen senior, tak adalah sampai level teruk!)

Buat sesuatu yang kecil dan konsisten setiap hari, insha Allah akan memberi hasil yang terbaik.

Massive Action, Massive Result

 

Memberi untuk menerima.

Adib Yazid

 

Advertisement

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s