Diari Ejen – “Kalau Ejen Saya Dah Meninggal Dunia, Apa Patut Saya Buat?”

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Setiap yang bernyawa pasti akan menemui mati. Itu pasti.

Saya juga manusia dan saya juga tidak terkecuali. Kerjaya saya sebagai ‘ejen insurans’ adalah kerjaya yang melibatkan manusia dan komitmennya adalah sehingga saya putus nyawa. Berat bukan? Ia datang dengan pakej – sebab itu komisyen juga tinggi.

IMG_2176.jpg

Satu hari saya menemui klien saya, dimasuki ke hospital akibat sakit. Saya berborak-borak, dan waktu itu jururawat hadir untuk melakukan ‘check up’. Saya melihat katil di sebelah. Katil itu kosong, saya baring di situ.

Bila saya baring di katil, di sini saya terfikir:

Jika hari ini hari terakhir diriku, apakah yang aku bakal berlaku?

Bagaimana pula, dengan klien-klien?

Kalau anda mempunyai ejen yang sudah meninggal dunia. Lakukan ini:

  1. Pertama sekali, anda lawatlah mereka. Apatah lagi, kalau ejen anda seorang yang sangat berdedikasi membantu anda.
  2. Surat akan hadir kepada anda, mengenai ejen anda sudah tiada. (kalau ejen anda sudah terminate pun akan diberitahu).
  3. Anda akan di-‘jaga’ oleh orang seterusnya, dalam agensi yang sama dengan ejen yang pernah menjaga anda.
  4. Ejen itu, kalau berdedikasi, insha Allah akan hadir memperkenalkan siapa diri anda kepada anda dan keluarga anda.
  5. Jika anda tidak berkenaan, anda boleh request untuk menukarkan kepada orang lain dengan mengisi borang transfer agent servicing form. Pastikan anda sudah mempunyai calon ejen yang anda mahukan.
  6. Proses ini mengambil masa. (pengalaman saya adalah sekurang-kurangnya 1 bulan)
  7. Apabila selesai, akan diberitahu bahawa proses ini sudah berjaya.

 

Bisnes insurans / takaful adalah bisnes berteraskan kepercayaan yang tinggi. Ejen yang amanah dan boleh dipercayai adalah ciri penting yang boleh membantu anda apabila situasi melakukan tuntutan, terutamanya.

Memberi untuk menerima.

Adib Yazid

 

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s