Tips4Ejen : Bangun Seawal 5 Pagi

Assalamualaikum dan selamat pagi.

“The early bird always get a fresh worm.”

Saya terbaca ini, ketika saya skrol ke bawah timeline Facebook saya. Wow. Ternyata ianya amat benar sekali.

Bangun Awal Pagi

Bangun awal adalah sangat subjektif. Ada berpendapat bangun awal adalah sebelum Subuh. Atau 30 minit sebelum Subuh. Atau lebih awal lagi! Tidak kisah, sebenarnya setiap orang boleh mendefinisikan takrikan bangun awal. Janganlah pula, bangun pukul 10 pagi dikatakan bangun awal! Itu tak betul.

Bagi saya, bangun awal adalah bangun pada pukul 5 pagi.

Soal tidur, dan bangun pagi adalah fokus saya setiap. Pukul berapa saya ke katil dan pukul berapa saya bangun dari katil adalah penting. Apatah lagi, ianya sangat berkaitan dengan energi untuk bekerja, motivasi melakukan sesuatu dan produktiviti saya setiap hari.

Adakah bangun pagi sukar? YA. SANGAT SUKAR dan saya mengakuinya. Kadangkala saya terbabas, tapi untuk bangun pagi sebenarnya ada panduan yang boleh kita amalkan.

IMG_7895.jpg

#. Baca buku 30 minit sebelum tidur.

Selalu kita lihat, anak kecil akan dibacakan ‘bedtime story’ sebelum mereka masuk tidur. Kenapa? Membaca adalah perkara yang bagus untuk menambah pengetahuan. Membaca sebelum tidur juga adalah perkara yang bagus, dari segi merehatkan mata dan merehatkan minda. Sebab itu ada kajian melarang menonton YouTube, online atau buka komputer sebelum tidur. Mata akan respon terhadap cahaja yang dipancarkan oleh gajet dan menyukarkan anda untuk tidur.IMG_7895.jpg

 

 

#. Lupakan minuman berkafein sebelum tidur.

Anda sudah tahu tentang ini. Jadi, menjelang petang sahaja anda patut abaikan minum kopi terutamanya.

 

#. Rancang sarapan yang enak esok hari.

Ya. Apakah motivasi tinggi anda untuk bangun pagi. Bayangkan, esok akan terhidang makanan yang enak untuk anda bila anda bangun esok pagi. Untuk menikmati makanan tersebut, anda telah diberitahu bahawa anda perlu bangun seawal pagi yang boleh. Mahu atau ya, untuk anda bangun pagi keesokannya? Sudah pasti mahu, bukan? Jadi rancanglah persiapan menyediakan sarapan pagi yang enak esok hari.

 

#. Rancang senaman yang anda mahu sebaik sahaja bangun pagi.

Anda pernah tengok cerita Rocky? Bangun pagi sahaja, beliau telah minum telur ayam dan terus berlari. Saya percaya anda juga seperti saya. Bangun tidur je lalok-lalok sekejap. Ada lebih baiknya, anda rancang apa sukan yang anda mahu buat. Saya suka terus berlari selepas bangun pagi (selepas basuh muka, solat dan minum air sejuk segelas)

 

#. Buang jauh-jauh gajet sebelum tidur.

Simpan telefon dalam laci. Kalau boleh sejam sebelum tidur. Jangan baca Whatsapp Group yang entah-apa-apa. Terus tidur.

 

#. Susun jadual pagi anda.

Pagi sebenarnya adalah permulaan yang penting bagi anda. Ia adalah waktu anda untuk diri anda sahaja. Jangan penuhkan pagi anda dengan temujanji, hal kerja seperti cek email atau sebagainya. Gunakan masa pagi, bersenam, membaca dan bersolat terutamanya orang Islam.

 

#. Minum segelas air sejuk.

Bangun sahaja, terus minum air sejuk. Rocky minum air telur sebab nak jadi peninju. Anda bukan peninju. Kajian mengatakan, tak gosok gigi dan terus minum air, baik untuk penghadaman. (Saya tak pasti baca di mana)

 

#. Letak ‘alarm’ sejauh mungkin.

Kalau alarm letak bawah bantal, ia memudahkan anda untuk tekan alarm tersebut. Letak di hujung bilik. Paling ideal, tempat yang memerlukan anda bergerak dari katil sejauh 5 meter (atau lebih). Dah berjalan, tak akan nak sambung tidur semula?

 

#. Susunan bilik anda – banyakkan ruang cahaya matahari boleh masuk.

Bilik saya ketika di zaman kolej di Korea, adalah rumah bawah tanah. Kalau saya bangun tidur, saya rasa macam pukul 3 pagi. Gelap dan sunyi, padahal sudah pukul 12 tengahari! Di situ saya belajar bahawa, kalau mahukan kediaman yang bagus anda perlulah cari rumah yang senang dilimpahi matahari. Memang panas, tapi cahaya itu mengingatkan anda supaya bangun pagi dan jadi orang sukses!

 

#. TAMBAHAN – Jaga makan, dan minum Madu sebelum tidur.

Ini apa yang saya amalkan. Makan berat selepas pukul 7 malam adalah dilarang sama sekali. Kalau mahu snack pun, makan buah-buahan. Saya mengamalkan makan madu sebelum tidur, supaya bangun tidur saya terus ‘fresh’!

 

Sumber: Business Insider

Memberi untuk menerima.

Adib Yazid

 

 

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s