Beli Insurans Melalui Telefon (Telemarketing)

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Minggu lepas, saya berjumpa seorang prospek yang pernah ‘menjual’ insurans melalui telefon. 

Bila kita beritahu beberapa perkara mengenai apa yang kita tahu, ya Allah punyalah berlagak! Macam tahu semua! Tapi saya sukakan cabaran. 

Apa yang beliau mahu tegakkan mengenai insurans melalui telefon adalah:

  • Sangatlah murah.
  • Mudah. Tak perlu nak jumpa.
  • Meliputi kesemua perlindungan yang dimahukan.

Saya bersetuju dengan apa yang beliau perkatakan semua. Tapi mari kita lihat perspektif lain.

Ianya murah dan mempunyai perlindungan yang sangat tinggi. Kenapa? Sebab ianya melibatkan PA (personal accident) sahaja. Insurans untuk kemalangan memanglah murah. Perlindungan RM50,000 kadangkala boleh jadi RM4. Melalui telemarketing pula, anda boleh dengar mereka akan tawarkan sehingga RM1 Juta dengan harga RM60/sebulan.

Ingat! Anda kena kemalangan dan mati sahaja!

Poin kedua, saya ulaskan bahagian bawah ini.

Poin seterusnya, beliau kata meliputi kesemua yang dia mahukan. Mudah sahaja. Saya minta polisi yang beliau pernah ada beli melalui telemarketing, dan tunjukkan polisi tersebut. Apa sebenarnya yang ada?

Akhirnya, beliau mengaku tak kesemua. Ada sesetengah polisi telemarketing menawarkan perlindungan kos hospital tapi bersyarat; ianya perlulah disebabkan kemalangan dan bayar dahulu baru boleh dituntut!

Poin terakhir, mudah tak perlu berjumpa dengan orang. 

Ya, anda tak perlu berjumpa dengan sesiapa. Apa yang anda perlu adalah katakan MAHU dan beri maklumat kad debit atau kredit anda. Selesai!

Tapi…

Bila urusan tuntutan, anda kena berurusan secara sendiri. Segalanya anda kena lakukan sendiri dari awal sampai habis.
***Saya bukan mengecam polisi telemarketing. Tapi fahami dulu apa perbezaannya, dan jangan berlagak pandai.

Memberi untuk menerima.

Adib Yazid

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s