Assalamualaikum dan selamat pagi.
Saya dikira adalah pendatang baru dalam dunia insurans / takaful. Saya menggunakan platform blog, FanPage, Personal FB dan Instagram adalah masih baru. Saya kira 6 bulan lepas – secara serius dan fokus.
Fokus saya adalah memenuhi blog ini dengan konten yang bermanfaat. Itu harapan saya.
Bermula awal tahun ini, alhamdulillah. Ramai yang memberi respon positif atas apa yang saya buat.
Tak juga, ada yang ‘meniru’ apa yang saya buat!
Jadi, ada yang tanya – apa perasaan saya, penat-penat saya tulis kena copy paste bodoh-bodoh je macam tu. Sebenarnya, saya sudah fikir perkara ini apabila saya mengisytiharkan kembali semua kepada penulisan blog. (sebelum ini saya ada blog sendiri)
Saya percaya, banyak blog yang hanya fokus kepada jualan (menjual tak kesudahan) Cerita pasal produk sahaja. Jarang sekali dalam bentuk konten mendidik masyarakat kepentingan insurans / takaful.
Jadi, saya memilih idea mendidik melalui konten-konten yang baik.
Risiko di tiru?
Saya redha. Malah saya suka. Apabila saya mula ‘ditiru’, bermaksud mesej saya sampai.
Semoga ilmu saya tulis bermanfaat kepada orang lain. Saya menulis, untuk ‘pelaburan’ akhirat saya.
Memberi untuk menerima.
Adib Yazid