Jangan Jadikan Takaful Sebagai Tempat Menyimpan Wang

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Setuju? Atau kurang setuju? Atau marah?

Sememangnya bergantung kepada profil diri anda. Ramai juga yang saya jumpa, mengatakan simpan di takaful (saya ambil satu), sangat rugi. Sudah 3 tahun, tapi yang dikhabarkan ejen pulangannya adalah sedikit. Aiyo!

Dalam website gilahartanah.com (walaupun website mengenai hartanah ada juga menyentuh kewangan peribadi. Website yang amat bagus), menyarankan jangan jadikan takaful / insuran sebagai tempat menyimpan wang.

Pada pendapat saya, saya SETUJU.

Ambillah takaful betul-betul untuk dilindungi dengan pampasan atas musibah seperti kematian, hilang upaya, kos rawatan hospital dan penyakit kritikal. Kalau simpan duit dalam takful semata-mata, anda akan rugi ‘wakalah fee’ yang bukan sedikit. *Wakalah fee bahasa mudahnya, kos pengurusan

Takaful bertujuan untuk perlindungan kewangan jika berlaku sebarang musibah. Ia bukan untuk simpanan.

Simpanan dan perlindungan takaful adalah dua instrumen berbeza. Kita perlu adakan simpanan atas banyak tujuan yang tak boleh dilindungi takaful. Contoh yang telah diberi oleh gilahartanah.com adalah:

  • Simpanan dana kecemasan (kereta rosak, kehilangan harta, hilang pekerjaan dan lain-lain)
  • Simpanan memulakan bisnes
  • Simpanan untuk pelaburan dan sebagainya

Jadi, kenapa ada operator takaful seperti Prudential BSN mengeluarkan produk seperti PruBSN Platinum, produk takaful yang berasaskan simpanan? Produk ini sebenarnya berbeza daripada ‘simpanan’ yang biasa kita simpan (biasa bermaksud, simpan di bank-bank, ASB atau Tabung Haji contohnya)

Anda boleh rujuk sini: http://goo.gl/c7yp0p

 

***Semalam, saya menulis mengenai ‘telemarketing insurans’, malamnya pula saya dijodohkan recruitment dengan telemarketer.

Memberi untuk menerima

Adib Yazid

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s