Assalamualaikum dan selamat pagi.
Kos hidup semakin tinggi – adalah satu tajuk perbualan anda. Tambahan, dengan niat pemilikan rumah terbantut sebab harga rumah ‘idaman’ pun belum tentu dapat beli.
Anda baca sana-sini, anda pergi pameran hartanah rumah, anda tunggu pasaran rumah bakal murah, anda lengkapkan diri mengenai pembelian rumah melalui seminar-seminar, anda berdoa setiap kali Bajet Negara di bentangkan – ada sesuatu untuk anda, contohnya memudahkan anda untuk membeli rumah.
Semua dengan harapan, anda mahu beli rumah dengan MURAH!
Konsep ini, sebenarnya tidak sama dengan pemilikan Takaful.
Untuk mempunyai pelan Takaful, sememangnya adalah konsep pengurusan risiko, apatah lagi anda ambil pelan Takaful kesihatan. Bila ada prospek tanya, bilakah waktu sesuai ambil Takaful. Saya kata ada dua WAKTU yang sangat sesuai.
- Semasa anda masih kecil. Waktu anda mempunyai umur yang boleh dibilang satu jari, itulah waktu paling murah.
- Hari ini. Hari sebelum esok yang berlaku apa sahaja.
Takaful (ataupun insurans sekalipun) semakin hari semakin mahal. Tapi tiada siapa yang gembar-gemburkan hal ini, kerana tak semua orang fikir adalah satu keperluan penting. Kalau saya buat seminar pasal urus wang pasal Takaful, saya tanya, mahu datang?
Memberi untuk menerima.
Adib Yazid