Assalamualaikum dan selamat pagi.
Ada pelbagai cara untuk bangun pagi. Ada yang menggunakan peranti bunyi (alarm) mengejutkan anda dari lamunan. Mungkin ada yang sudah biasa mendengar ‘bang’ yakni laungan azan.
Saya percaya, tersedarnya anda dari tidur pasti anda akan membuka mata.
Semalam rakan saya, berkongsi setiap pagi kita boleh mempunyai mata si lebah atau mata si lalat.
Lebah kerjanya mencari madu. Kalau kita memilih mempunyai mata si lebah, dari awal pagi kita akan mencari perkara-perkara positif. Contohnya, bersyukur diberi nafas untuk hari yang baru. Akhirnya, hari anda terus positif dan hasilnya juga positif.
Lalat pula kerjanya mencari sampah. Kalau anda memilih mata si lalat, tak lain tak bukan anda akan mencari kesalahan, kekurangan dan kerumitan. Pagi-pagi mengomel jalan sesak, marah anak lambat dan sebagainya. Seharian penuh negatif, akhirnya pulang ke rumah dalam keadaan penat.
Pagi ini, anda sudah mempunyai penglihatan si lebah atau si lalat?
Memberi untuk menerima.
Adib Yazid