Assalamualaikum dan selamat pagi.
Kalau anda seorang ejen yang baru, apa yang saya bakal tuliskan insha Allah sesuatu bermanfaat untuk anda.
Kalau anda seorang ejen yang sudah taraf senior, ia adalah rujukan tambahan untuk meluaskan ‘pasaran’ anda.
Ada yang tanya, macam mana nak jadi seorang ejen insuran atau takaful yang berjaya (saya masih belum menepati kriteria kejayaan yang saya cipta). Saya lihat ejen-ejen yang cemerlang, suka membuat ‘networking’ atau ‘marketing’. Tujuan mereka melakukan kedua-dua ini adalah untuk mendapatkan ‘leads’ iaitu potensi pelanggan. Apabila anda mempunyai potensi pelanggan yang besar, dengan skil dan kreativiti anda – boleh ditukarkan kepada status pelanggan.
Jumlah pelanggan yang besar membantu dan merancakkan jualan anda. Jadi, bagaimana mahu mempunyai ‘leads’ yang banyak? Perkongsian oleh rakan ejen, Redzwan, beliau menyebut ada 5 sumber utama. Dari sumber utama boleh dikecilkan lagi, kepada sumber lebih fokus.
- Referrals
- Advertising
- Events
- Online Marketing
- Personal Contact
#. Referrals
Melalui sumber referrals, salah satu paling popular adalah COI (center of influence). Ada rakan-rakan kita yang mempunyai banyak mulut atau kenalan ramai. Rapati beliau sebagai pembantu dalam bisnes anda. Paling utama melalui sumber referrals, anda perlu rajin bertanya dan meminta. Anda tidak perlu pergi lebih jauh, anda hanya perlu tanya pelanggan sedia ada!
Anda boleh cipta ‘partnership‘ bersama rakan-rakan anda lain. Saya beri contoh, kalau anda mempunyai rakan niaga bidang makanan, anda boleh katakan ‘kalau ada kenalan siapa-siapa yang perlukan nasihat kewangan, rujuk kat aku nanti.’ Kalau anda mempunyai rakan-rakan dalam Unit Trust, anda boleh berusaha berkongsi pelanggan sedia ada. Mungkin pelanggan mereka sudah mempunyai unit trust tapi belum mempunyai insuran / takaful. Gunakan peluang ini.
Cara tradisional, adalah memberi insentif kepada sesiapa yang membantu anda dari segi referrals. Cipta referrals reward system sendiri.
#. Advertising
Untuk advertising, bagi saya anda memerlukan suntikan dana.
Contoh seperti advertising;
- Television
- Radio
- Memberi sponsorship
- ‘Free gift distribution’
- Guerilla marketing
#. Event
Saya suka konsep membuat event. Contoh event adalah seperti, sesi seminar, sesi borak-borak, sesi Q&A atau CSR (corporate social responsibility). Ya, event anda memerlukan kos yang besar seperti dewan.
Jika anda tidak mahu keluarkan kos yang besar, anda boleh selit pada majlis-majlis orang lain. Anda minta kepada penganjur masa 20 minit khas untuk anda kongsikan kepakaran anda. Sebenarnya, berada dalam industri ini bila bicara mengenai insuran / takaful secara terus menerus menyebabkan orang ramai tidak ambil ‘port’ sangat.
Anda boleh memilih tajuk seperti perancangan kewangan, kepentingan perancangan kewangan atau beri nilai tambah lain.
#. Online Marketing
Mengenai online marketing, saya sudah kongsikan di sini. (Link)
#. Personal Contact
Personal contact ini lebih kepada direct-approach (DA). Ini juga merujuk kepada perbualan rawak (random conversation). Apabila anda melakukan perbualan, anda boleh tawarkan kepakaran anda kepada mereka secara tidak langsung.
Di sini, ada satu cara ‘personal contact’ yang jarang digunakan tapi efektif, iaitu, direct email.
Banyak perkara atau tips yang anda boleh dapat, ambil satu dan praktiskan. Lihat hasilnya kemudian.
Memberi untuk menerima.
Adib Yazid