Assalamualakum dan selamat pagi.
Saya selalu bertanya, apakah formula kejayaan orang-orang berjaya. Mereka akan menyebut tentang komitmen, kerja keras, penguasaan ilmu pengetahuan dan pelbagai lagi. Tapi apabila golongan ini didekati, ada satu persamaan – mereka bangun awal pagi.
Sejak tahun 2013, saya mencari formula bangun seawal pagi yang boleh. Ketika zaman kerja, bangun 6.30 itu adalah normal. Bangun 6.30 pagi, awalnya bagi saya amatlah berat sekali. Itupun alasan sebab kena punch card di kilang pukul 7.30 pagi. Apabila anda menjadi seorang usahawan; tiada bos dan tiada siapa yang paksa anda untuk bekerja – anda perlulah disiplin yang tinggi lebih dari orang lain.
Bagi saya untuk berjaya, anda kena lakukan sesuatu yang ‘lebih’ dari normal – bangun pukul 5 pagi.
Saya dapat tahu, melalui Robin Sharma, beliau sedang mempromosikan kepada pelajar-pelajar beliau supaya bangun 5 pagi. Walhal, dalam agama Islam sendiri sudah menggalakan umatnya supaya bangun sebelum Subuh.
Kalau anda lihat kehidupan seorang tahfiz, mereka juga diajar untuk bangun seawal mungkin dan mandi pada waktu pagi (pagi-pagi yang sejuk). Kajian pula mencadangkan bahawa mandi pagi amatlah baik dari segi kesihatan.
Saya tak perlu huraikan apa yang Robin Sharma cakap, apa kata lihat sahaja gambar yang saya sertakan dalam tulisan saya kali ini.
Terus terang, permulaannya sangat sukar. Saya letih dan mengantuk, tapi ini yang membantu saya gerak lebih jauh.
Memberi untuk menerima.
Adib Yazid