Latihan Untuk Ejen Baru – Cara Cepat untuk menjadi ejen yang berjaya

Assalamualaikum dan selamat pagi.

“Adakah latihan akan disediakan kepada aku, kalau aku nak join buat insuran / takaful?”

Sudah tentu YA.

Setiap agensi, mempunyai struktur latihan yang berbeza. Tapi asasnya adalah sama – menyediakan dan menyiapkan diri anda dengan pengetahuan, alatan dan skil-skil apabila berhadapan dengan prospek / pelanggan.

Adib Yazid NAT EST.jpg

Di atas, adalah salah satu contoh modul latihan yang diberi kepada semua lapisan ejen. Kebiasaannya, agensi memainkan peranan yang besar mengatur apakah jenis latihan yang patut diberi kepada ejen-ejen mereka.

Saya tanya balik, ‘kalau latihan begini diberi, apa alasan untuk kau tidak bergerak?’

Sejak kecil sudah dididik, anda belajar sesuatu, ibu bapa anda hantar anda ke sekolah. Setahun belum tentu cukup. Sejak bangku tadika, sekolah rendah, sekolah menengah dan universiti – anda belajar, belajar dan belajar. Selepas itu, baru anda boleh pilih apa yang anda suka.

Dalam industri ini, prinsip yang sama diaplikasi.

Untuk mahir dalam satu perkara, anda perlu memberi komitmen kepada latihan agensi, atau latihan yang diberi oleh ejen-ejen senior. Sudah diberi latihan, seterusnya terus diaplikasikan ketika JFW (joint field work). Ini adalah success pattern untuk menjadi ejen yang berjaya.

Memberi untuk menerima.

Adib Yazid

Advertisement

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s