Cabaran Kepada Ejen Insuran / Takaful hari ini

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Menjual (sales) selalunya adalah tugas yang penuh cabaran. Kalau anda fikirkan ianya satu cabaran, ianya memberi cabaran. Kalau ianya adalah peluang, ianya adalah satu peluang.

Khabarnya, hari ini lebih mencabar dan penuh cabaran (saya bukan hendak menakutkan anda, apatah lagi kalau anda seorang ejen insuran / takaful). Hari ini ada masih ada beberapa aktiviti ejen menggunakan cara lama. Ada yang mengatakan cara-cara lama tidaklah lagi efektif. Saya membaca satu artikel, ada 3 perkara hari ini sedang berlaku.

 

#1. Informasi yang banyak di Internet.

Masa lalu, salah satu aset penting bagi seorang ejen insuran / takaful adalah mempunyai informasi lebih dari prospek anda. Terima kasih kepada Internet, informasi hari ini anda boleh dapatkan dengan mudah, senang diakses oleh sesiapa. Boleh dikatakan, ejen hari ini macam kurang tajam – dari segi mempunyai informasi. Hasilnya, boleh dikatakan ejen hari ini lebih kurang sama dengan prospek anda.

#2. Aplikasi PDPA, ketika mengumpul maklumat referrals lain.

Data atau nombor telefon adalah aset penting kepada ejen insuran / takaful. Ianya adalah ‘lead’ kepada bisnes baru, jualan baru. Anda mungkin pernah buat ‘cold call’ iaitu panggilan rambang dan rawak kepada sesiapa. Ada mengatakan bahawa sebabkan PDPA, menghalang anda untuk kumpul data daripada pelanggan sedia ada. Kalau mahu pun, anda perlu mempunyai ‘consent’ (kebenaran) daripada pelanggan sedia ada. Bagaimana anda mengatasi masalah ini?

#3. Populariti media sosial dan impak ‘viral’.

Ejen insuran / takaful ramai menggunakan media sosial sebagai platform mempromosikan kepentingan insuran / takaful. Jangan lupa, ada peserta takaful atau pelanggan insuran menggunakan platform media sosial menyebarkan salah laku ejen atau ketidakpuashatian terhadap servis melalui insuran / takaful. Walaupun yang melakukan kesalahan daripada etika atau praktis adalah 1% daripada keseluruhan ejen, ianya juga memberi impak besar kepada ejen yang jujur, amanah dan bertanggungjawab melakukan tugas.

Hari ini, prospek lebih percaya berita mulut ke mulut dan ‘online review’ jika mereka ingin membuat keputusan memilih anda sebagai ejen insuran / takaful anda. Jika anda tidak mengukuhkan nilai anda atau ‘kehadiran’ anda di media sosial (dan Internet), atau pandangan orang ketiga (pelanggan yang telah menjadi rakan dalam media sosial) – anda berkemungkinan besar akan tertinggal dan terabai.

 

Atas ini adalah beberapa cabaran sebagai seorang ejen insuran / takaful yang saya tahu daripada ejen-ejen hebat yang lain. Apa yang anda boleh lakukan?

For things to change, I must change first

Kita perlu berubah mengikut peredaran masa dan ‘trend’ masa kini.

Saya masih belajar dan terus belajar.

 

Memberi untuk menerima.

Adib Yazid

Advertisement

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s