Assalamualaikum dan selamat pagi.
Anda mungkin pernah di-approach oleh ejen insuran / takaful. Anda menolak, samada anda tidak suka cara di-approach atau apa yang mereka bakal ‘jual’ kepada anda, walhal anda belum pun menyertai apa-apa jua pelan insuran / takaful.
Kemungkinan besar anda takut, takut tiba-tiba anda dipaksa menyertai dan mula mencarum dalam insuran / takaful!
Ada juga bertanya kepada saya: “Kalau saya nak jumpa ejen insuran / takaful, apa yang perlu saya tahu?” – jawapan saya, banyak benda. Tapi hari ini saya kongsikan 8 perkara yang wajib anda tahu terdahulu.
#1. Pastikan ejen anda itu menggunakan Sales Illustration (SI) atau Product Disclosure Sheet (PDS), atau quotation bila menerangkan manfaat sesuatu pelan insuran / takaful.
#2. Memberi kepada anda SI / PDS dan quotation tersebut kepada anda, samada email ataupun hard-copy.
#3. Tanya kepada anda, adakah anda faham apa yang mereka sudah terangkan. Jika ejen baru, fahami bahawa mereka masih baru. Mungkin ejen tersebut memerlukan masa menjawab soalan anda.
#4. Menggunakan borang cadangan, untuk mendapatkan maklumat penting daripada anda. (Maklumat keluarga, risiko pelaburan dll.)
#5. Meminta anda menandatangani borang cadangan setelah mengisi borang tersebut (bukan tandatangan borang kosong)
#6. Bertanyakan status kesihatan anda, maklumat kesihatan menggunakan borang cadangan.
#7. Memberi tahu tempoh menunggu dan tarikh (atau jangkaan) bilakah polisi / sijil takaful diberikan kepada anda.
Jika tujuh perkara ini dilakukan ejen itu, percayalah bahawa ejen itu mengikut kod etika sebagai seorang ejen insuran / takaful yang profesional.
Memberi untuk menerima.
Adib Yazid