Assalamualaikum dan selamat pagi
Ada orang ingat ejen insuran ni kerjanya duduk rumah – tiada pejabat, tiada struktur bangunan, tiada segalanya. Mungkin betul, untuk ejen yang memilih cara yang begitu. Ya, ada ejen insuran / takaful buat sebagai kerja sambilan jadi bolehlah dibuat di rumah.
Sebenarnya, samada dia buat secara sambilan (part time) atau sepenuh masa (full time) skop seorang ejen sangat luas.
- Membuat jualan – wajib buat. Membuat promosi, mengadakan perbincangan dan memberikan khidmat nasihat kepada pelanggan atau bakal pelanggan berkenaan perancangan melalui insuran / takaful.
- Menghadiri kelas selama 30 jam. Seorang ejen yang kompetitif perlu memenuhi kriteria yang diwajibkan iaitu memenuhi ‘continous profesional development hours’. Bagus, bagi seorang ejen menambah ilmu pengetahuan apabila berhadapan dengan prospek atau pelanggan.
- Perkhidmatan selepas jualan – ini adalah skop kerja paling banyak dilakukan oleh ejen terutamanya ejen yang mempunyai ramai pelanggan. Antara perkhidmatan yang perlu diberikan ialah:
- Membantu mengurus akaun pelanggan seperti memastikan caruman dimasukkan mengikut jadual, pemotongan akaun bank dan mengemaskini maklumat berkaitan pelanggan. (Tanggungjawab ini sepenuhnya kepada pelanggan, ejen hanya memudahkan cara)
- Membantu pelanggan membuat tuntutan.
- Mengemaskini sebarang maklumat terbaru berkenaan polisi atau pelan baru yang untuk memenuhi kehendak pelanggan, jika ya.
- Membuat ‘policy review’ atau ‘screening’ tahunan kepada akaun dalam jangka masa tertentu supaya pelanggan benar-benar mempunyai akaun yang memenuhi keperluan mereka.
Sekadar hari ini saya kongsikan rutin seorang ejen sepatutnya. Untuk lebih mendalam rutin harian, saya akan kongsikan pada tulisan akan datang. Sudah pasti rutin seorang ejen sambilan (part time) dan sepenuh masa (full time) berbeza.
Memberi untuk menerima.
Adib Yazid