Jadi pemegang polisi yang bijak – Perbandingan antara insuran A & insuran B?

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Cerita daripada rakan ejen yang lain:

 

Minggu lepas seorang pelanggan saya menghubungi saya dan memberitahu ingin BERHENTI (surrender) polisi untuk dirinya, isteri dan anak-anak dengan segera.

Katanya di telah approach oleh ejen insuran / takaful lain yang memberikannya harga yang lebih murah. Kemudian saya berikan cadangan kepada pelanggan saya untuk tidak BERHENTI-kan polisinya dahulu. Mohon dulu polisi dengan ejen tersebut. Setelah terima polisi baru dari ejen tersebut barulah saya uruskan untuk BERHENTI polisinya dengan saya. Dan bawa polisi baru itu kepada saya untuk saya REVIEW.

Hari ini pelanggan itu berjumpa dengan saya dan membawa polisi baru itu untuk saya REVIEW serta polisi lama yang ingin dibatalkan. Tahu tak apa yang saya dapati semasa saya REVIEW polisi baru tersebut?

  1. Ayah adalah sebagai pemegang polisi untuk keluarganya. Sekiranya ayah meninggal dunia, polisi dan kad medikal untuk keluarganya akan TERBATAL dengan serta merta.
  2. Jika ayah meninggal dunia, ahli keluarganya perlu mohon semula polisi baru mengikut kiraan harga semasa (akan lebih mahal dari kiraan asal)
  3. Sekiranya pernah buat tuntutan atas penyakit sebelum itu, perlu membuat perakuan (declaration) semula dan bergantung kepada syarikat (merujuk kepada syarikat insuran) samada dilindungi atau dikecualikan.
  4. Had tahunan berkongsi dengan ahli keluarga yang lain.
  5. Harga caruman akan naik setiap tahun mengikut arahan dari syarikat insuran.
  6. Jika company muflis, semua pemegang polisi tidak dapat menuntut hak dan polisi akan terbatal serta merta.

Anda tidak percaya? Ini semua tertulis didalam polisi. Tetapi adakah anda sedar?

Ramai antara kita sering buat perbandingan dari segi harga tetapi tidak pula bandingkan dari segi manfaatnya.

 

Bila semua ini terjadi – salah siapa?

Memberi untuk menerima.

Adib Yazid

Advertisement

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s