Tips4Ejen : EMPAT Cara Kerja dan Teknik Kerja Ejen Insuran / Takaful

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Seorang ejen insuran / takaful pastinya, ada yang membayangkan hanya menjual, menjual, menjual insuran / takaful sahaja. Pada pandangan anda, ya betul – itu adalah fokus utamanya. Tapi, belakang cerita ada skop dan tanggungjawab seorang ejen.

Kali ini, saya ingin membongkarkan EMPAT cara kerja atau teknik kerja seorang ejen insuran / takaful, yang lazimnya dilakukan. Apatah lagi, kalau anda seorang ejen yang baru. Pasti, pasti, mati, mati (die die must do) akan buat empat perkara ini terlebih dahulu.

 

#1. Cara / Teknik 1-on-1.

Ini adalah teknik paling ASAS. Kebiasaan teknik ni sasaran ialah orang yang dah kita kenal, sedara-mara, kawan-kawan, dan orang yang dah buat temujanji. teknik ni juga digunapakai bila ejen-ejen insuran / takaful pergi sekolah-sekolah untuk memperkenal insuran / takaful. Teknik ini WAJIB dikuasai.

  • Kelebihan : Kita dapat mendekati prospek dan mengumpul maklumatnya dengan lebih dekat. Teknik ‘closing’ ini, teknik ni banyak digunapakai oleh ejen-ejen baru.
  • Kelemahan: Kena ikut waktu pelanggan dan anda. Kadangkala tu ganggu waktu orang kerja (tak selalu)

 

#2. Cara / Teknik ‘Booth’ atau Kaunter Jualan

Teknik ini lebih dikenali sebagai ‘pukat tunda’. biasanya kita bukak kaunter di mana-mana tempat umum. Supermarket, pejabat kerajaan/swasta, tepi jalan, kenduri kahwin dan sebagainya. Teknik ni sangat bagus kerana secara tidak langsung dapat mempromosikan secara terus. Prospek yang berhenti baca brochure tu memang sah ada potensi untuk jadi pelanggan kita. Apa lagi, close terus! Tapi anda perlu ingat, kebanyakan teknik ‘booth’ ini bertujuan untuk mendapat nombor prospek yang boleh ‘follow up’ akan datang.

  • Kelebihan : Memberi pendedahan ringkas mengenai produk atau pelan insuran / takful  kepada orang yang lalu lalang. Prospek pun senang dapat, kita hanya tunggu dan bersedia.
  • Kelemahan: Memerlukan kos. Buka booth paling murah pun RM70 sehari. Kalau buka di supermarket dan spot yang lebih banyak crowd, boleh jadi RM200 sehari.

 

#3. Cara / Teknik Soal Siasat

Lebih kurang macam teknik 1-on-1, tapi  approach seseorang tu dengan bawa borang soalan kaji selidik. Berbanding kalau kita cakap terus secara langsung, teknik ni lebih senang untuk mendekati prospek. Cuma kekadang tu kita kena berlapik dulu prospek kita dengan cakap kita ini dari itu dan ini, nak buat kajian itu dan ini. Malu nak mengaku dari agensi insuran / takaful. Apa-apa pun, teknik ni juga berkesan jika kena caranya.

  • Kelebihan: Dengan borang soal-siasat, kita boleh tahu secara ringkas mengenai data peribadi prospek dari segi umur, pasangan, bilangan anak dan kekuatan kewangan. Secara tidak langsung kita dah boleh tentutan kita nak pelan produk apa dan berapa bayaran optimum untuk mereka kemudian.
  • Kelemahan: Kadang-kadang tu kita kena berselindung daripada prospek kita bahawa kita dari itu dan ini dan tujuan itu dan ini. Lagi satu, akta PDPA (personal data protection act) menghalang anda untuk menggunakan teknik ini apabila minta maklumat.

 

#4. Cara / Teknik mengadakan Taklimat / Seminar Ringkas

Teknik ini adalah teknik approach secara pukal. Daripada taklimat, kita dapat buat semua teknik-teknik lain bila kita follow up. melalui teknik ni, kita dapat promosi insuran / takaful kepada prospek- prospek kita sekaligus / ramai-ramai, tak perlu buang masa nak pergi satu persatu. Kalau ikut pengalaman orang lain, ada potensi dapat close case beramai-ramai sebab biasanya orang kita ni suka ikut. Kalau seorang isi borang, yang lain mesti ikut isi borang. Teknik ni perlu dilakukan secara berkumpulan, kena ada kawan (2 orang sekurang-kurangnya)

  • Kelebihan: Memudahkan dan menjimatkan masa berbanding cara / teknik nombor satu. Boleh close secara ramai-ramai.
  • Kelemahan: Anda kena mahir bercakap di hadapan ramai orang. Kalau tiada banyak maklumat mengenai industri, memang sukar (atau tak boleh) buat taklimat.

 

Kuasai salah satu daripada empat ini. WAJIB untuk kuasai nombor satu terlebih dahulu, aplikasikan teknik ini sesama rakan atau saudara mara. Kemudian kuasai nombor dua – dengan minda menghilangkan rasa takut.

Saya doakan anda berjaya dan mahir menggunakan kesemua 4 cara dan teknik di atas.

 

Memberi untuk menerima.

Adib Yazid

Advertisement

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s