Assalamualaikum dan selamat pagi.
Bila anda keluar dari rumah, apakah perkara wajib yang perlu anda bawa?
Jawapannya, mungkin dompet, kad pengenalan, duit, kunci rumah, kunci kereta dan banyak lagi. Kalau anda menjadi seorang ejen insuran / takaful, ketahui bahawa ada beberapa barang yang anda perlu ‘alert’ apabila mahu keluar dari rumah.
(Senarai ini mungkin berbeza daripada orang lain)
#1. Risalah produk / brochure
Ini benda perkara paling asas. Brochure setiap produk mesti bawa, dan kena pula faham bagaimana nak terangkan kepada prospek anda. Biasanya dalam brochure ni tiada maklumat terperinci mengenai sesuatu produk, jadi anda kena fahamkan mendalam sedikit sebelum anda terangkan.
Dulu saya bawa brochure secara fizikal, kemudian saya letakkan dalam iPad saya (saya bawa iPad). Tapi sekarang saya bawa the sales kit presentation yang saya buat sendiri.
#2. Contoh Quotation / Product Disclosure Sheet (PDS) / Jadual Sumbangan
Contoh quotation atau PDS memainkan peranan penting, sebab prospek boleh buat berapa bajet yang prospek mahu sumbang / bayar. Umpama memudahkan prospek membuat keputusan dan seterusnya memudahkan kerja anda sebagai ejen. Sudah pasti, anda perlu mendalami proses ‘fact finding’ terlebih dahulu. Konsep jualan ‘need based selling’ amathlah penting.
Dulunya, tiada komputer bimbit atau iPad untuk menerangkan quotation kepada prospek. Laburkan mempunyai satu memudahkan anda apabila berhadapan dengan prospek. Jika tiada modal, bawa sahaja dalam bentuk kertas A4.
#3. Contoh Bukti Tuntutan Insuran / Takaful
Pada awal saya menjadi ejen, contoh tuntutan insuran / takaful sangat penting untuk menyakinkan prospek. Apatah lagi, apabila anda kerap menawarkan kad medikal. Anda bawa satu atau tiga. Kalau tiada pengalaman buat tuntutan, gunakan pengalaman ejen yang lebih senior daripada anda.
#4. Komputer Riba / iPad / Tablet
Untuk lebih nampak profesional dan senang akses maklumat apabila di tanya pelbagai soalan oleh prospek, bawalah satu komputer riba. Oh ye, berat? Bawa lah satu iPad (kegemaran saya bawa satu iPad). Saya sumbat no. #3 dan no. #2 banyak-banyak. Senang.
#5. Borang Cadangan / Proposal / Permohonan
Saya rasa ini wajib. Bagi diri saya pula, saya mewajibkan setiap kali keluar rumah saya perlu ada borang permohonan selit dalam beg saya, atau saya ‘standby’ di dalam kereta. Saya mempunyai mindset bahawa, setiap hari pasti ada orang membeli insuran / menyertai takaful.
Kalau anda pum-pang, pum-pang buat presentation tapi tiada borang pun tiada gunanya, bukan? Lagi satu, sekarang teknologi canggih. Prospek anda boleh mengisi borang di atas talian melalui iPad atau tablet.
#6. Kalkulator (kalau bagus, kalkulator kewangan – financial)
Rata-rata hari ini tak memerlukan kalkulator. Anda boleh kata, “Ala… dalam telefon dah ada sekarang.” Ya, itu pun boleh.
Tapi sekarang saya gemar membawa kalkulator kewangan, senang nak mengira pelbagai perkara seperti persaraaan, pendidikan, nilai kewangan (net worth) atau kadar inflasi pada masa akan datang. Hebat bukan?
Kalau anda rasa berat untuk membawa / membeli kalkulator kewangan, di AppStore atau Google Play sungguh banyak kalkulator kewangan yang percuma.
#7. Pen (sudah semestinya pen hitam)
Saya sentiasa memerlukan pen. Saya boleh dikatakan ‘nervous’ keluar rumah tanpa membawa pen. Kawan-kawan saya, sampai satu tahap ‘kalau tiada pen, pergi tanya Adib Yazid’.
Pen kegemaran saya adalah Pilot G2 mata 0.7mm, warna hitam. Pen ini sentiasa terselit di poket kiri saya. Standby sentiasa ada di dalam kereta.
#8. Kertas Kosong / Buku Nota Kosong
Walaupun anda mempunyai peralatan visual melalui iPad ke, tablet ke atau komputer riba – jangan lupa perkara paling tradisional bila berjumpa dengan prospek. Kertas kosong.
Saya kerapkali menggunakan presentation secara melukis di kertas. Saya selalu melukis dalam bentuk terbalik, (nanti saya tunjukkan melalui video).
#9. Telefon bimbit / telefon pintar
Saya rasa anda keluar rumah pasti akan bawa perkara ini – jangan tipu kata anda tinggal di rumah. Kenapa telefon bimbit ini penting?
Kalau andaikata prospek bersetuju dengan anda untuk menyertai takaful atau membeli insuran, dengan menggunakan apps tertentu anda boleh snap picture dokumen seperti kad pengenalan dan ditukarkan dalam bentuk PDF. Boleh di cetak di pejabat kelak. (pastikan anda buang setelah dicetak)
Ada juga berpendapat, letak di atas meja semasa presentation. Untuk nampak anda ini seorang yang mampu membeli benda bagus. (tapi saya tak bersetuju hal ini)
#10. Jadual / Gambar / Keratan Akhbar / Ilustrasi
Saya rasa ini penting juga. Simpan keratan akhbar yang membincangkan soal insuran / takaful.
Banyak, 10 benda?
Saya juga ada ejen bawa macam-macam selain 10 perkara di atas. Ada yang bawa permainan, atau sales kit yang sangat kreatif. Saya kurangkan banyak perkara, dengan membentuk sales kit presentation sendiri – dengan niat memudahkan kerja saya.
Walaupun semua benda ada dalam kepala, tapi prospek lebih gemar apabila ditunjukkan di hadapan mereka.
Kalau anda seorang ejen, kongsikan apakah lagi alatan yang perlu dibawa.
Memberi untuk menerima.
Adib Yazid
sharing yg menarik. walaupun saya bukan ejen insuran,tapi saya sebagai ejen penapis air coway boleh menjadikan info2 di atas sebagai panduan.
Wellson
LikeLiked by 1 person