Amalan Bagus dalam Jualan Insuran / Takaful

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Hari ini, ada orang katakan ramai betul sudah menjadi ejen insuran / takaful. Faktor ini menyebabkan ramai yang takut-takut nak masuk, sebab takut tak laku atau tak ada pasaran.

Anda hadam fakta ini, walaupun ada ramai yang menjadi ejen tapi anda juga berhak tahu bahawa ramai juga yang berhenti menjai ejen. Jadi, kenapa ada ejen yang ‘survive’ atau masih bertahan, dan menikmati pakej seorang ejen. Apakah perbezaan ketara?

Pasti ada!

Amalan praktis yang bagus oleh ejen-ejen yang bagus merangkumi 3 fasa penting:

  1. Cara mengendalikan sesi ‘fact find’.
  2. Cara menerangkan fungsi produk atau pelan.
  3. Cara atau bagaimana memenuhkan borang permohonan.

 

#1. Cara mengendalikan sesi ‘fact find’.

  • Menggunakan borang atau atur cara tertentu apabila bertanya kepada pelanggan.
  • Memahami kehendak pelanggan dan impian / target pelanggan pada masa akan datang.
  • Memahami kemampuan pelanggan dan memberi nasihat mana satu pelan yang bagus.
  • Tanya serba lengkap, dan melengkapkan borang YLP (your lifestyle profile).

 

#2. Cara menerangkan fungsi produk atau pelan.

  • Menerangkan produk / pelan dengan jelas.
  • Memberi penjelasan ‘term & condition‘, apa itu ‘exclusion‘, caj-caj yang dikenakan.
  • Menerangkan bahawa insuran / takaful adalah entiti berbeza dengan pelaburan. (Insuran / takaful berkaitan pelaburan bukan pelaburan yang tulen)
  • Menyediakan PDS (product disclosure sheet) dan SI (sales illustration) sebagai elemen penting dalam menerangkan produk / pelan.

 

#3. Cara atau bagaimana memenuhkan borang permohonan.

  • Menjawab soalan berkaitan kesihatan (medical questionaire) bersama pelanggan.
  • Sentiasa mengingatkan tentang klausa ‘non-disclosure of material facts’.
  • Mendapatkan dan memberi justifikasi maklumat pelanggan menggunakan dokumen penting untuk Customer Due Diligence.
  • Membenarkan pelanggan mengisi dahulu borang permohonan, barulah menandatangani kemudian.

 

 

Jadilah ejen yang mengamalkan etika yang bagus!

 

 

Memberi untuk menerima.

Adib Yazid

Advertisement

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s