Diari Ejen : Tawakal, Takaful dan Kisah Unta

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Anda mungkin pernah dengar kisah ini:

 

Suatu petang di kawasan lapang, Nabi Muhammad SAW berhenti rehat bersama sahabat-sahabatnya. Ketika itu Nabi Muhammad SAW menambat tali unta di sebatang pokok. Ada seorang sahabat tidak menambat unta dan hanya biar begitu sahaja.

Lalu Rasullullah SAW bertanya;

“Wahai sahabat, mengapakah kau tidak tambat unta kamu di pokok itu?”

Lalu sahabat menjawab;

“Ya Rasullullah, aku bertawakal kepada Allah SWT.”

Maka Rasullullah pun menerangkan pada sahabat itu;

“Ya sahabat, sesungguhnya aku menambat untu agar tidak hilang dan barulah aku bertawakal kepada Allah SWT, selepas aku ikat tali unta di pokok tamar ini.”

Terdiam sahabat itu dengan kata-kata Rasullullah.

 

Kisah ini menunjukkan bahawanya kita harus berusaha dan bersedia dari segala hal dan akhirnya barulah bertawakal kepada Allah SWT.

Dalam hal pengurusan risiko kewangan, takaful adalah salah satu elemen penting. Hari ini anda sudah tahu bahawa kos rawatan hospital semakin lama semakin tinggi, kadar inflasinya bukan 4%. Tapi lebih 12%.

Ada banyak cara untuk urus risiko tidak mampu menyediakan dana kewangan perubatan.

Satu, simpan duit anda sejak kecil lagi (sejak lahir). Labelkan tabung itu, atau akaun itu sebagai dana perubatan. Dan jangan kacau langsung.

Dua, kerja di syarikat besar-besar dan pastikan anda mempunyai jawatan tinggi. Segala bil perubatan anda insha Allah akan ditanggung oleh syarikat sebegini.

Opsyen lain?

Saya tak nampak opsyen sejak saya diperkenalkan takaful pada tahun 2011.

 

Memberi untuk menerima.

Adib Yazid

Advertisement

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s