Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Baru sahaja habis bercerita tentang karier dalam insuran / takaful. Yang merisaukan beliau ini, ‘mana nak cari prospek?’.
Mereka risau, sebab dah ramai ada insuran / takaful.
Sebenarnya, insuran / takaful adalah penyelesaian manusia terhadap masalah-masalah manusia. Manusia ini ada masalah utama;
- Mati terlalu awal – maksud mati awal, adalah antara umur 25 tahun ke 40 tahun. Waktu ini orang selalu buat hutang. Jadi apabila mereka tiada, apa yang bakal mereka tinggalkan adalah hutang kepada keluarga mereka.
- Hidup berpenyakit – apabila sakit, perlulah dirawat. Membuat rawatan bukanlah percuma. Ada bayaran atau nilai yang perlu diberi untuk rawatan tersebut. Adakah nilai itu murah?
- Hidup terlalu lama – ya, masalah hari ini yang besar iaitu persaraan. Kehidupan persaraan memerlukan dana yang besar. Cukup ke duit KWSP tu?
Masalah ini ada pada diri anda ke tidak?
Sekali lagi, penyelesaiannya (bukan mutlak) adalah insuran / takaful. Tak semua orang tahu peranan insuran / takaful. Jadi, kes di Malaysia sendiri belum semua ada insuran / takaful. Di Singapura, bukan ada atau tiada, tapi berapakah polisi yang mereka pegang?
Anda pegang fakta ini:
- Hanya 11 juta polisi terjual sehingga tahun 2013.
- Kesemua polisi tidak semuanya aktif. Ada yang sudah luput (lapse) atau sudah mencapai matangnya (maturiti)
- Populasi manusia di Malaysia terdiri daripada 28 juta orang Malaysia dan 2 juta orang asing.
- Lebih 600,000 bayi dilahirkan setahun di Malaysia.
- Lebih 400,000 pelajar bergraduasi setiap tahun di Malaysia.
- Satu orang yang faham polisi insuran / takaful, akan mempunyai lebih satu polisi.
- Individu yang faham polisi, akan ambil sehingga 7 polisi sepanjang hayatnya.
- Ada yang tidak mempunyai polisi kerana tidak tahu atau tiada siapa menerangkan kepada mereka.
Anda sudah baca fakta ini.
Maksudnya, ada yang mahu insuran / takaful. Ada yang rejek kaw-kaw. Ada yang tak ada sebab tak tahu.
“Some will, some won’t, so what? Next.”
Entah-entah, anda yang baca ini ada insuran / takaful – tapi tak mencukupi.
Adib Yazid.