TIGA Dosa Besar Ejen Takaful Terhadap Klien yang Anda Patut Tahu

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Perkongsian daripada DS-Media.

 

“KUALA LUMPUR: Hampir 90 peratus daripada rakyat Malaysia yang dilindungi insurans hayat, mempunyai perlindungan di bawah kadar sebenar, kata Pengerusi Jawatankuasa Promosi Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM), Ramzi Toubassy. “Pada 2015, kira-kira 50 peratus (lebih kurang 12.5 juta) daripada penduduk Malaysia mempunyai perlindungan insurans hayat tetapi hampir 90 peratus daripada mereka di bawah perlindungan sebenar, yang bermaksud perlindungan insurans mereka mungkin hanya satu atau dua kali pendapatan tahunan mereka,” katanya.

Komen saya;

Daripada laporan di atas, ini bermakna:

1. Majoriti pemilik polisi insurans / takaful masih tidak cukup perlindungan kewangan menggunakan kedua-dua produk ini.

2. Siapa yang promote kepada pelanggan majoriti tersebut? Ejen.

3. Walaupun bersepah ejen takaful dan insurans di Malaysia, majoriti mereka tidak menjual produk yang sepatutnya kepada pelanggan.

Atas sebab itu majoriti pemegang polisi masih tidak cukup perlindungan sepatutnya.

Ia sama dengan dapatan saya apabila mengendalikan program-program kewangan dan dalam sesi-sesi personal.

Majoriti mereka yang melanggan takaful mengatakan ejen cerita bahawa takaful untuk simpanan, takaful utk pelaburan, takaful untuk persaraan, takaful hybrid ada simpanan dan pelaburan, takaful 3 dalam 1, dan sebagainya.

Dengan statistik yang dikeluarkan ini, saya harap ejen-ejen takaful yang membaca status ini dapat fokus untuk memberi nasihat kepada pelanggan tentang fungsi sebenar takaful untuk perlindungan, bukan simpanan atau pelaburan.

Masyarakat memerlukan kita untuk khidmat nasihat yang betul.

Itulah yang membezakan antara syarikat takaful, bank dan syarikat unit trust.

Bank untuk simpanan.

Syarikat unit trust untuk pelaburan.

Syarikat takaful untuk perlindungan kewangan.

Ketiga-tiga di dalam sektor yang sama.

 

 

Memberi untuk menerima.

Adib Yazid

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s