Diari Ejen – Jadikan Klien Sampai Jadi Kawan

Perkongsian rakan ejen.

Semalam saya ada bersembang dengan seroang ejen dari agensi lain. Saya kenal dia dah 3 tahun waktu cuci kereta. Dia masih ejen dan sekarang dah masuk tahun ke empat.

Dari awal dia masuk sampai tahun lepas, dia StarClub Summit dan jualan dia lebih RM350,000 setahun. Rahsia dia ringkas:

  • Perancangan kena tepat. Pastikan diari penuh setiap hari dan ‘review’ diari kita setiap minggu. Tengok kesilapan dan perbaiki.
  • Tidak ‘compromise’ dengan Vital Behaviour (VB). Kalau VB yang kita buat bawah dari paras biasa (standard) yang ditetapkan maksudnya, kita lebih teruk dari pemalas. Pemalas pun ada ‘standard’ macam mana nak jadi malas.
  • Setiap hari keluar rumah paling lewat 7 pagi. Lewat dari itu akan jadi malas dan lesu. Kalau rasa diri macam itu teruskan je tidur balik. Itu hari yang tak ada untuk kita berjaya.
  • Jadikan klien macam kawan. Pergi minum sehari, sekurang-kurang seorang. Dengan klien jangan cerita pasal insuran. Sembang pasal hobi atau apa klien suka. Pada siapa yang tak banyak klien – maka, dalam masa enam bulan pertama 100 klien adalah WAJIB.
  • Selepas 100 klien, anda akan terperanjat bisnes anda akan jadi mudah dan senang. Cuma pergi ‘yamcha’ setiap hari seorang.
  • Rekrut awal-awal sebab nak paksa diri ‘lead by example’. Sekarang ada enam belas orang ejen ‘direct’. Tahun depan naik pengurus unit. Ejen pertama yang dibawa adalah masa bulan pertama ‘contracted agent’.

 

Adib Yazid

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s