Assalamualaikum dan selamat pagi.
Pelan simpanan pendidikan asasnya bertujuan menyediakan dana yang besar untuk pendidikan anak pada masa akan datang. Kenapa simpanan pendidikan perlu bermula dari sekarang? Kerana satu perkara – inflasi atau yuran pendidikan kadar inflasinya adalah lebih 10%. Dikhabarkan inflasinya sekitar 17%!
Saya telah diminta nasihat oleh seorang prospek, dengan membawa dua proposal atau PDS (product disclosure sheet) mengenai pelan PRUmy Child oleh Prudential.
Berikut adalah kandungan secara ringkas manfaat polisi tersebut:
OPSYEN 1
- PRUmy Child – RM30,000 (Premium RM 30.20)
- Crisis Shield Plus – RM30,000 (Premium RM 19.80)
- PRUedusaver – Exit period 17 tahun (Premium RM 150.00)
- Jumlah premium bulanan adalah RM200.00
OPSYEN 2
- PRUmy Child – RM30,000 (Premium RM 25.10)
- Crisis Shield – RM30,000 (Premium RM5.70)
- Enhanced PRUpayor Basic – 600 p.a. (Premium RM 1.74)
- PRUparent Payor Basic – 600 p.a. (Premium RM 3.06)
- Enhanced PRUpayor Saver – 1800 p.a. (Premium RM 5.22)
- PRUparent Payor Saver – 1800 p.a. (Premium 9.18)
- PRUedusaver – Exit period 17 tahun (Premium RM150.00)
- Jumlah premium bulanan adalah RM200.00
Jadi apa pandangan saya?
- Kedua-duanya adalah pelan konvensional.
- Kedua-duanya adalah pelan yang berat kepada simpanan. Kedua pelan caruman bulanan adalah sama iaitu RM200. Setiap satunya, RM150 di letakkan di simpanan (PRUedusaver) dan RM50 untuk bahagian insurans (selain PRUedusaver)
- Opsyen 1 mempunyai Crisis Shield Plus, iaitu lebih baik daripada Crisis Shield biasa. Maksudnya, apabila situasi meninggal dunia – waris akan menerima lebih banyak dana sebanyak 2 kali ganda dari manfaat sedia ada (RM30,000)
- Opsyen 2 mempunyai Enhanced PRUpayor Basic dan Saver (termasuk Parent). Maksudnya, jika bapa atau ibu yang mencarum untuk anaknya meninggal dunia, sakit kritikal atau lumpuh – polisi anaknya akan dibayarkan (payor) oleh Prudential sehingga umur 25 tahun. Manakala, jika anaknya sakit kritikal atau lumpuh, polisi anaknya akan berterusan sehingga 80 tahun, tanpa dicarum oleh pemilik polisi. Simpanan akan berterusan.
- Kedua-dua pelan, simpanan akan diberi (guarantee income) pada umur anak 18 tahun (selepas 17 tahun) dan dibayar selama 3 tahun. Dana untuk pendidikan boleh diambil dari Invesment Account. Kelebihan pelan PRUmy Child Edusaver ini adalah ‘guarantee income’.
- Untuk membaca berapakah yang boleh si ibubapa dapat untuk pendidikan anak, ada lebih baik anda muat turun PDS ini.
Muat Turun Contoh PDS PRUmy Child
Adakah pelan ini berbaloi?
Tanya diri anda, apakah keperluan anda melalui instrumen kewangan ini.
Adib Yazid
Memberi untuk menerima.