PruBSN Platinum – Bagaimana Merangka Pelan & Memahami Struktur

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk menulis lagi.

Sebelum ini saya telah mengarang artikel panjang bertajuk PruBSN Platinum – 4 Soalan Utama Wajib Tanya Sebelum Anda Memilikinya. Artikel itu lebih kepada 4 soalan utama:

  1. Mana satu yang terbaik? Classic, Vantage, Prime?
  2. Maturiti pelan (exit time atau matang) – 55 tahun atau 60 tahun terbaik?
  3. Caruman hanya untuk 5 tahun sahaja, atau 10 tahun, atau 15 tahun?
  4. Memilih opsyen ‘Accumulate’ atau ‘Payout’?

Setelah membuat pelbagai olahan dan andaian, saya telah merumuskan sendiri (ingat, ini hanya pandangan saya terhadap pelan ini sebab saya kena yakinkan diri saya dahulu kenapa pelan ini bagus) bahawa:

  1. Vantage & Prime lebih baik, Classic bukan pilihan terbaik.
  2. Pilihan matang pada 55 tahun adalah ideal.
  3. Pilihan caruman 5 tahun adalah sangat terbaik. Jika tidak mampu pilih 10 tahun.
  4. Pilihan Accumulate, lebih tepat dengan keperluan menggandakan kewangan lebih banyak.

Jadi berdasarkan analisa (yang bukan analisa sangat), ini telah menjadi prinsipal saya ketika merangka pelan PruBSN Platinum.

Bagaimana merangka pelan PruBSN Platinum? Maklumat berikut adalah sangat penting:

  1. Anda lelaki atau perempuan?
  2. Anda masih merokok atau tidak?
  3. Apakah status pekerjaan anda dan risiko?
  4. Tarikh lahir anda dan umur?
  5. Jumlah pendapatan anda setahun?

Maklumat seterusnya, adalah sangat penting untuk menentukan berapa caruman anda sebulan dan potensi pelaburan anda akan datang sehingga umur 55 tahun. Anda mungkin ‘blur’ di sini, tapi saya akan serta sekali PDS.

  1. Anda kena tentukan berapa Basic Sum Covered (BSC), minima adalah RM25,000.
  2. Frekuensi pembayaran – bulanan, setiap 3 bulan, setiap 6 bulan atau tahunan. Saya pilih secara bulanan.
  3. Cara pembayaran – kad debit, kad kredit atau auto-debit.
  4. Pilihan tempoh pembayaran – 5 tahun, 10 tahun, 15 tahun. Saya menyarankan 5 atau 10 tahun sahaja. Jadi saya buat dua 5 tahun dan 10 tahun sahaja.
  5. Pilihan pelan – Classic, Vantage, Prime. Untuk kali ini, saya pilih Vantage sahaja.
  6. Kemudian opsyen samada Accumulate atau Pay-Out, saya buat kedua-dua untuk pemahaman.

Saya buat EMPAT pelan utama:

  • Pelan 1 – BSC RM25,000, Pelan Vantage, tempoh pembayaran 10 tahun sahaja, pilihan Accumulate.
  • Pelan 2 – BSC RM25,000, Pelan Vantage, tempoh pembayaran 10 tahun sahaja, pilihan Pay-Out.
  • Pelan 3 – BSC RM25,000, Pelan Vantage, tempoh pembayaran 5 tahun sahaja, pilihan Accumulate.
  • Pelan 4 – BSC RM25,000, Pelan Vantage, tempoh pembayaran 5 tahun sahaja, pilihan Pay-Out.

Okay, selepas ini saya akan membincangkan satu persatu bagaimana pelan ini boleh membantu anda merancang membina satu dana pada umur 55 tahun. Sebelum itu, anda boleh muat turun EMPAT pelan yang telah saya rangka.

Di mana saya perlu bermula?

Saya ambil pelan 1 untuk contoh dibincangkan.

Apabila anda buka, anda akan lihat ayat PruBSN Platinum Protection & Saving yang menunjukkan RM25,000. Ini adalah amaun minima saya telah letakkan. Pelan ini sebenarnya masih ada unsur ‘protection’, kalau si pemilik pelan ini meninggal dunia – RM25,000 ini perlu diwariskan kepada siapa yang berhak.

Anda akan lihat ada MaxiShield Account (MSA) & Invesment Unit Account (IUA).

Apakah dia MaxiShield Account & Invesment Unit Account? Saya akan terangkan dengan ringkas.

  • MaxiShield Account, menurut apa yang saya faham adalah dana yang terdiri daripada 2 dana penting. Satu dana daripada Islamik Bon atau Sukuk, sebanyak 70% dan dana Ekuiti sebanyak 30%.
  • Investment Unit Account, adalah terdiri daripada Dana Ekuiti yang diuruskan oleh Eastspring Investment Berhad. Dana ini anda boleh pergi prubsn.com.my untuk lebih faham melalui prospektus yang disediakan.

Dalam PDS ini ada dua senario yang telah di-projek untuk 25 tahun akan datang (anggapan pulangan pelaburan), dan yang pasti adalah pulangan tidak dijamin (pulangan pelaburan sentiasa berubah-rubah)

Untuk MSA (MaxiShield Account) :

  • Senario 1 : Net Projected Invesment Profit adalah 2.52%
  • Senario 2 : Net Projected Invesment Profit adalah 3.89 %

Untuk IUA (Investment Unit Account) :

  • Senario 1 : (juga menggunakan situasi X p.a.%) adalah anggaran 2% bagi IUA (Regular Contribution) & anggaran 4% bagi IUA (Cash Payout Accumulation)
  • Senario 2: (juga menggunakan situasi Y p.a.%), pada 20 tahun pertama  anggaran 9% bagi IUA (Regular Contribution) dan anggaran 7% bagi IUA (Cash Payout Accumulation). Selepas 20 tahun, anggaran 6% bagi IUA (Regular Contribution) dan anggaran 5% bagi IUA (Cash Payout Accumulation)

(Untuk lihat sejarah pulangan pelaburan, boleh pergi ke prubsn.com.my. Apa-apa pun, sejarah tidak menjamin pulangan pada masa akan datang – klise bukan?)

Sampai setakat ini.

Boleh faham, atau pening-pening?

 

Berapa Saya Letak Duit, dan Berapa Saya Dapat?

Walaupun saya cerita panjang dan berjela-jela, yang pasti anda mahu tahu berapa yang anda simpan dan berapa anda akan dapat. Bukan begitu?

Bagi pemahaman yang lebih jelas, saya telah lakarkan ilustrasi begini.

Untuk contoh Pelan 1 ini, saya ambil Senario 2. (anggapan saya bahawa 25 tahun adalah tempoh yang panjang dan ekonomi telah melalui 2 kitaran)

PruBSN Platinum Adib Yazid Vantage

Anda perlu ingat semula, bagaimana pelan ini dicipta:

  1. Anda kena tentukan berapa Basic Sum Covered (BSC), minima adalah RM25,000.
  2. Frekuensi pembayaran – bulanan, setiap 3 bulan, setiap 6 bulan atau tahunan. Saya pilih secara bulanan.
  3. Cara pembayaran – kad debit, kad kredit atau auto-debit.
  4. Pilihan tempoh pembayaran – 5 tahun, 10 tahun, 15 tahun. Saya menyarankan 5 atau 10 tahun sahaja. Jadi saya buat dua 5 tahun dan 10 tahun sahaja.
  5. Pilihan pelan – Classic, Vantage, Prime. Untuk kali ini, saya pilih Vantage sahaja.
  6. Kemudian opsyen samada Accumulate atau Pay-Out, saya buat kedua-dua untuk pemahaman.

Kalau lihat ini, saya telah permudahkan, menggunakan ilustrasi.

  • Setiap tahun anda akan mencarum RM8,616 setahun (RM718 sebulan, jika mahu cara bayaran bulanan)
  • Anda hanya perlu mencarum dari tahun pertama hingga tahun ke sepuluh sahaja (sebab telah memilih hanya 10 tahun caruman) *boleh lihat opsyen 5 tahun dan anda lihat caruman bulanan / tahunan pula.
  • Bermula dari tahun kedua, anda akan terima sebanyak RM1,000 dan dimasukkan ke dalam akaun, dan digandakan dengan anggapan pulangan tahunan 4%.
  • Kenapa RM1,000 sahaja? Sebab telah memilih pelan Vantage.
  • Anda terus mencarum sehinggalah tahun ke sepuluh, tahun ke sebelas anda berhenti mencarum.
  • Pada tahun hadapannya, tahun ke sebelas, RM1,000 sebelum itu akan digandakan dua menjadi RM2,000. 
  • RM2,000 ini akan diberi setiap tahun sehingga umur 55 tahun (sebab telah memilih untuk exit atau maturiti pada umur 55 tahun)
  • Pada tahun ke 25, atau umur anda telah cecah 55 tahun, jumlah yang anda telah carumkan adalah sebanyak RM86,160.
  • Pulangan pada umur anda 55 tahun, adalah:RM180,941

 

Boleh-lah pulangan macam itu? Banyak? Banyak sangat? Berbaloi-baloi? Berbaloi sangat?

Jawapan setiap orang adalah berbeza-beza.

 

Apa yang saya tulis ini, adalah semata-mata untuk terangkan kepada diri saya bahawa bagaimana pelan ini membuat untung untuk diri saya. Kalau anda merasakan tidak untung, di luar sana ada banyak lagi instrumen pelaburan yang anda boleh pilih.

Asalkan bukan skim cepat kaya sudah!

Pastikan bahawa anda faham risiko pelaburan yang anda bakal buat. Bagi saya pelan ini amat sesuai untuk orang yang berdisplin dalam menyimpan dan memikirkan masa hadapan yakni ketika usia persaraan. Kalau anda nak menyimpan RM100 sebulan atau RM1,200 setahun pun payah-giler, pelan ini tidak sesuai anda.

Selamat menyimpan!

 

Memberi untuk menerima.

Adib Yazid

 

Advertisements

2 responses to “PruBSN Platinum – Bagaimana Merangka Pelan & Memahami Struktur

  1. Salam en.yazid..

    Apa akn berlaku pada investment kita jika berlaku kecelakaan, mati atau kecacatan kekal pada 5 tahun investment?….adakah dapat balik wang yang di invest tu?

    Tq.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s