Tips4Ejen : Kenapa Anda WAJIB Buat Projek 100 Pelanggan?

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Saya masih teringat pada awal pembabitan saya menjadi ejen insuran / takaful, antara perkara yang kerap disarankan oleh ‘leader’ saya adalah perkara ini:

Projek 100, Projek 100, Projek 100

Apa sebenarnya Projek 100?

Projek 100 sebenarnya adalah proses menyenaraikan 100 orang yang bakal anda telefon, melakukan perjumpaan dan membuat ‘presentation’ atau berkongsi idea tentang insuran / takaful.

Memang ada diluar sana ada ejen yang masuk sahaja industri ini, tak buat Projek 100 lagi pun dah meletup, bersinar dan berkembang. Tapi anda kena ingat, tak semua orang mempunyai peluang atau pasaran yang bagus. Insuran / takaful adalah bisnes yang sangat berkait rapat dengan kepercayaan. Atas dasar itu, adalah lebih baik memulakan dengan keluarga, rakan-rakan sepermainan atau rakan sekerja.

Pada awalnya adalah anda senaraikan sebanyak mungkin prospek-prospek sehingga 100 orang. Kalau lebih lagi bagus. Tapi bagi pandangan saya Projek 100 ini, bukan hanya menyenaraikan 100 orang atau nama tapi mempunyai 100 orang pelanggan pertama!

Pada fasa pertama;

Projek 100 : Senaraikan 100 orang yang berpotensi menjadi pelanggan anda.

Daripada 100 orang pertama ini, tidak semua akan menjadi pelanggan anda dengan cepat. Tapi ini adalah proses untuk anda berlatih ke fasa seterusnya.

Pada fasa kedua;

Projek 100 : Mempunyai 100 orang pelanggan pertama.

Ya, apa yang penting adalah anda mempunyai 100 pelanggan yang menjadi tapak penting untuk pembangunan karier anda sebagai ejen insuran / takaful.

 

Kenapa WAJIB buat Projek 100?

Saya terangkan menggunakan poin-poin:

  • Membina asas bisnes anda iaitu pelanggan. Apabila anda mempunyai pelanggan, sebenarnya dengan skil dan ilmu yang betul, anda boleh ‘generate’ pelanggan baru sebanyak 20 peratus ke 30 peratus dari pelanggan sedia ada. Maksudnya, 100 pelanggan tahun ini, insha Allah 30 orang akan hadir melalui referral atau sebaran mulut ke mulut.
  • Medan untuk praktis skil. Dalam industri ini, banyak skil untuk anda pelajari. Belajar dari buku itu bagus, tapi belajar secara langsung di hadapan prospek adalah lebih melekat ilmu itu.
  • Melatih keyakinan. Apabila anda mempunyai 100 pelanggan, mustahil bahawa anda tidak percaya bahawa industri ini bukan untuk anda. Seperti saya kata tadi, 100 pelanggan hadir dari kawan-kawan dan keluarga (kalau dari stranger adalah lebih baik), kalau anda cepat-cepat ada 100 pelanggan bermaksud ada 100 orang sudi membantu karier anda.
  • Mahir dengan ‘handling objection’. Kalau anda sudah ada 100 pelanggan, bermakna anda sudah mengharungi pelbagai rintangan dalam ‘handling objection’. Dengan kata lain, anda sudah lali dengan alasan-alasan atau sebab tak munasabah prospek untuk tidak peduli dengan apa yang anda sampaikan.
  • Memudahkan anda mendapat pencapaian dalam karier anda. Misalnya, kalau anda berjaya melengkapkan 100 pelanggan setahun – peluang cerah anda untuk dapatkan Prudential Wealth Planner atau anugerah lain seperti Star Club.
  • Mudah untuk urus persistensi / kualiti bisnes anda. Kualiti bisnes anda dicerminkan melalui persistensi ratio, atau maksud lain adakah klien anda mencarum pada tepat waktunya. Jika anda 10 orang pelanggan sahaja setahun, jika dua orang terlewat bayar – boleh jadi persistensi anda 80%. Sebagai ejen perlu kawal persistensi 90% ke atas setahun. Amatlah bahaya mempunyai pelanggan yang sedikit. Tapi kalau anda punya 100 pelanggan, 2 orang terlewat bayar persistensi anda jadi 98%.

 

Apa alasan anda untuk tidak buat Projek 100?

Kalau anda sudah bermula, cepat-cepatlah melengkapkan Projek 100 anda. Anda ejen baru atau senior, projek 100 adalah asas untuk anda bertapak kukuh dalam industri ini.

 

Adib Yazid

Memberi untuk menerima.

 

 

Advertisement

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s