Langkah Pertama Sebelum Melabur : Melatih Sikap Menyimpan 10 Peratus

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Kalau anda berkesempatan bacalah buku ‘The Richest Man from Babylon’, anda akan faham kenapa pentingnya menyimpan satu persepuluh daripada sumber pendapatan kita. Ditukarkan kepada peratus, maksudnya 10 peratus.

Sebelum ini saya pernah menyentuh mengenai kebaikan membuat bajet kewangan.

Bajet kewangan atau bajet aliran tunai membantu anda melatih sikap menyimpan. Tanpa pelan atau langkah yang sudah dirancang, adalah sukar untuk anda mencapai target kewangan anda seperti membeli rumah pertama, membeli kereta, merancang percutian keluarga, pendidikan anak pada masa akan datang dan yang paling penting, persaraan.

Saya juga menyarankan anda supaya menyimpan sekurang-kurangnya 10 peratus daripada  pendapatan anda. Kalau lebih, lagi bagus. Misalnya, 15% hingga 20%. Saya juga pernah jumpa ada orang menyimpan sehingga 50% daripada sumber pendapatan beliau!

Apa yang penting, bermula sedikit dan berterusan – 10% adalah ideal permulaan.

 

Empat Langkah Mudah Mendidik Sikap Menyimpan

  1. ‘ALWAYS Pay yourself first’. Selalunya anda dapat gaji, anda akan bayar bil-bil terdahulu, barulah menyimpan bakinya. Itu salah. Amalkan, anda simpan dulu selebihnya barulah anda bayar bil-bil anda. Selama ini anda penat bekerja, tapi anda tidak memberi ‘bayaran’ kepada diri anda dahulu. Adakah itu adil?
  2. Sentiasa ingat tujuan pengurusan kewangan anda. Setiap orang pasti ada impian yang mahu dilaksanakan. Impian itu sedikit sebanyak berkaitan kewangan anda. Rumah baru, kereta baru, percutian atau apa sahaja. Sentiasa letakkan gambar berkaitan impian anda di pintu bilik, dinding dan wallpaper telefon bimbit anda.
  3. Jadikan menyimpan satu cabaran baru anda. Bermula 10% adalah ideal untuk permulaan. Cabar diri anda, akan datang akan simpan sehingga 15%, 20% atau 30% setiap kali gaji anda masuk.
  4. Urus sebaiknya duit durian runtuh (windfall money). Dalam kehidupan anda, pasti akan ada situasi begini. Bonus dari majikan, ada orang beri anda sejumlah wang sebab anda bantu dia dahulu – duit ini adalah duit durian runtuh (windfall money). Biasanya orang akan enjoy dengan duit ini. Sebaiknya duit ini, diuruskan dengan terus menyimpan. Saya suka menggunakan prinsip 10 peratus sahaja untuk enjoy dan selebihnya 90% untuk menyimpan.

Walaupun sikap ini adalah sukar dipupuk, tapi jangan terlalu serius. Maksudnya, terlalu serius menyimpan, menyimpan, menyimpan. Jadikan menanam sikap ini sebagai satu sikap yang seronok.

Sekarang anda sudah ada pelan perancangan kewangan sendiri, iaitu bajet kewangan atau aliran tunai. Melalui bajet ini, anda pupuk sikap menyimpan 10 peratus sahaja daripada punca pendapatan. Lepas itu apa pula?

Sekarang adalah waktunya anda membina dana kecemasan peribadi.

 

Dana Kecemasan

Saya percaya yang membaca ini adalah dari golongan yang sudah celik IT. Pernah tengok Youtube? Kalau anda klik butang Play, akan ada satu ‘bar’ belakang yang disebut buffer.

Buffer ini akan bergerak laju, supaya kita yang sedang menonton tidaklah tengok video yang sangkut-sangkut. Kalau buffer itu lambat, kita pun rasa tak selesa sebab sangkut-sangkut.

Macam itu juga dengan kewangan kita dan kehidupan kita. Langit tidak selalu cerah, kadangkala hujan di tengahari. Akan ada satu peristiwa (tidak selalu) memaksa anda menggunakan simpanan anda:

  • Tayar bocor
  • Tayar meletup
  • Motor rosak
  • Anak kerapkali demam
  • Sakit
  • Rumah rosak (ribut / banjir)
  • Dibuang kerja
  • Dan lain-lain

Maksudnya, apa sahaja peristiwa yang tiba-tiba memerlukan anda berbelanja. Perbelanjaan begini pula perlu disegerakan, dan adalah risiko kepada paten anda menyimpan. Anda hendak menyimpan, tapi keadaan-keadaan tidak dijangka membantutkan anda untuk menyimpan.

Apa yang yang anda perlu risau adalah keadaan apabila anda dibuang kerja. Anda kena ingat bahawa, walaupun anda dibuang kerja anda tetap membayar bil-bil dan komitmen anda.

Untuk menguruskan risiko kehidupan & kewangan sebegini, anda perlu mempunyai pelan perancangan iaitu mempunyai dana kecemasan peribadi. Asasnya, dalam mana-mana Financial Planner menyarankan anda supaya mempunyai jumlah simpanan kecemasan berjumlah 3 bulan (atau lebih) perbelanjaan.

Misalnya, setiap bulan anda berbelanja RM2,000. Tiga bulan bermaksud, RM6,000. Jadi anda perlulah mempunyai dana kecemasan sekurang-kurangnya RM6,000!

Ada juga yang menyarankan:

  • 6 bulan
  • 9 bulan
  • 12 bulan – untuk sesiapa yang berniaga.

Walau berapa bulan pun anda mahu, yang penting anda perlu menyimpan untuk dana kecemasan terdahulu. Selepas itu menyimpan untuk dana simpanan bertujuan pelaburan.

Dana kecemasan dan dana simpanan untuk pelaburan bukan sekadar mengurus risiko kewangan anda. Sikap menyimpan ini juga akan membantu meningkatkan nilai kewangan  peribadi anda – net worth.

 

(Sumber bacaan AKPK)

Adib Yazid

Advertisement

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s