Assalamualaikum dan selamat pagi.
Industri insuran dan takaful adalah salah satu industri kewangan yang telah berkembang pesat sejak 10 tahun kebelakangan ini. Instrumen kewangan seperti insuran dan takaful sebenarnya sudah bertapak sangat lama di Malaysia cuma peranan agensi, ejen dan syarikat pengendali insuran / takaful telah membuat pendekatan agresif untuk memberitahu masyarakat tentang kepentingan insuran / takaful.
Juga, pengenalan FSA (Financial Services Act 2013) dan IFSA (Islamic Financial Services Act 2013) merancakkan industri ini.
Ada yang melihat industri ini perlu diterokai kerana potensi pasaran yang luas, kerana rakyat Malaysia rata-rata ramai belum ada lagi mempunyai instrumen perlindungan kewangan seperti insuran nyawa atau takaful keluarga.
Jadi, ada yang berani membuat untuk menceburi secara langsung iaitu full time dan ada juga hanya mengambil peluang sedikit – sebagai part time sahaja.
Walau apapun, anda kena tanya diri anda dahulu dan WAJIB tahu 12 sebab kenapa industri insuran / takaful bukan untuk semua orang, dan ini adalah 12 alasan iaitu:
- Saya takut untuk jumpa orang.
- Suami saya tak benarkan saya buat ini (insuran / takaful).
- Saya tengok kawan saya buat, dia kata susah dan dah berhenti.
- Anak saya kecil, susah nak jaga sebab selalu kena jumpa orang.
- Saya fikir dulu, sampai saya OK.
- Saya tak macam awak, rajin dan boleh buat benda ini.
- Kerjaya ini tak stabil, saya nak yang bagi pendapatan konsisten.
- Saya tak ada ramai kenalan.
- Saya tak suka jumpa kawan sebab insuran / takaful.
- Saya tak pernah menjual / berniaga.
- Saya dah ada kerja, dan kerja saya bagus.
- Saya sibuk. Kerja saya pun dah sibuk.
#1. Saya takut untuk jumpa orang.
Kita tahu bahawa untuk permulaan, nak jumpa orang adalah sukar – pertama kali, nak buang perasaan takut itu. Mengatasi masalah ini, saya tak galakkan anda untuk berjumpa orang ramai yang ‘stranger’. Saya minta anda bermula berjumpa ahli keluarga dan kawan-kawan rapat dahulu. Ini akan membina keyakinan anda. Anda jumpa mereka, minta izin mereka untuk berlatih bercakap. Jangan risau, skil boleh dilatih menerusi latihan, bantuan mentor dan praktis.
#2. Suami saya tak benarkan saya buat ini (insuran / takaful).
Suami yang penyayang sebenarnya tak mahu tengok bini dia bekerja atau menyusahkan bini. Cuma, saya percaya suami berminat untuk bina masa depan bini. Tambahan, kadangkala orang buat keputusan kata TIDAK, sebab dia tak tahu perkara tersebut. Ada lebih baik, bawa suami berjumpa dengan sesiapa untuk menerangkan industri ini secara keseluruhannya.
#3. Saya tengok kawan saya buat, dia kata susah dan dah berhenti.
Memang diakui, tak semua orang buat akan berjaya gila-gila. Lebih baik, jangan buat satu ‘assumption’ berdasarkan apa yang orang buat. Lebih baik anda buat dahulu, dan anda tahu sukar atau senang. Lihat bagaimana orang berjaya buat, dan ikut. Bukan lihat orang gagal buat dan tidak bagi peluang kepada diri anda untuk mencuba. Percaya diri sendiri adalah penting dari segala-galanya.
#4. Anak saya kecil, susah nak jaga sebab selalu kena jumpa orang.
Sebenarnya, itu bukan masalah. Ini bukan kerjaya 8 hingga 5, ada waktu tetap yang perlu ikut. Salah satu peluang bisnes ini adalah masa yang fleksibiliti. Anda berhak 100 peratus terhadap masa anda. Anda boleh susun masa. Anda kerja bila memerlukan dan anda juga boleh susun masa untuk keluarga dan anak-anak.
#5. Saya fikir dulu, sampai saya OK.
Bagus untuk fikir dahulu sebelum buat sesuatu. Tapi sila bagi ketetapan masa untuk berfikir. Ini semua adalah tentang masa dan peluang, kedua-duanya jalan seiring. Masa dan peluang tak menunggu anda.
#6. Saya tak macam awak, rajin dan boleh buat benda ini.
Industri ini adalah pelik. Sebenarnya, jika saya ajak orang lain join industri ini, saya sentiasa minta supaya anda lebih baik daripada diri saya. Maksudnya, kami mahu anda berjaya dan lebih baik daripada apa yang kami sudah lakukan. Industri ini wujud kerana konsep tolong-menolong, bukan konsep menindas antara satu sama lain. Rugi ke kalau saya minta anda untuk jadi rajin?
#7. Kerjaya ini tak stabil, saya nak yang bagi pendapatan konsisten.
Kerjaya ‘makan gaji’ atau bekerja dengan orang lain, adalah berdasarkan pendapat merkea terhadap diri anda. Anda bagus bekerja, anda diberi gaji yang lumayan. Anda boleh kerja macam RM1500, anda diberi gaji RM1500. Kerjaya insuran / takaful adalah berdasarkan usaha anda sendiri. Kalau diberitahu bagaimana caramenukarkan pendapatan tahunan sekarang ke pendapatan bulanan, adakah anda berminat? Ya, industri ini memang tak stabil dan tak konsisten, sebab ikut dan cara yang betul pendapatan anda sentiasa bertambah.
#8. Saya tak ada ramai kenalan.
Walaupun anda tak ramai kenalan, tapi kerjaya ini akan membantu membina ramai kenalan, kenalan menjadi rakan dan ‘network’ anda menjadi besar. Maksudnya, semuanya bermula dengan satu – iaitu anda seorang. Anda beritahu siapa diri anda kepada 2 orang. Dari 2 orang menjadi 4 orang. Dari 4 orang jadi 8 orang dan seterusnya. Kalau anda tak tahu bermula bagaimana, mulakan dari kawan-kawan sedia ada dan keluarga anda. Minta referrals.
#9. Saya tak suka jumpa kawan sebab insuran / takaful.
Secara jujurnya, itulah hanyalah ‘assumption’ diri anda sahaja. Mereka akan berterima kasih kepada anda jika anda beritahu manfaat insuran / takaful yang sebenar-benarnya. Berada dalam industri ini, bukan hanya menjual dan menjual. Tapi proses mendidik mereka kepentingan menyimpan untuk masa hadapan dan instrumen perlindungan kewangan. Anda beri benda bagus, saya percaya tiada siapa akan tolak.
#10. Saya tak pernah menjual / berniaga.
Insuran / takaful bukan seperti menjual pisang goreng atau barangan lain. Ia adalah instrumen / produk memang terbukti membantu orang lain. Kalau anda tiada pengalaman berniaga, anda kena lalui latihan – dari situ anda akan faham bagaimana cara berniaga. Anda tak tahu ABC masa kecil, anda kena pergi sekolah dan kena ada cikgu yang mengajar. Kalau tiada cikgu, memang tak belajar. Begitu juga industri ini. Ada sistem latihan dan ada mentor untuk membantu.
#11. Saya dah ada kerja, dan kerja saya bagus.
Sebenarnya, anda tidak perlu meletak jawatan kerja sekarang untuk join industri ini. Untuk berjaya dalam sesuatu, kena mula dengan sesuatu. Jadi tawaran menjadi ‘part time’ adalah opsyen terbaik. Satu minggu, anda luangkan 1 – 2 jam masa berkualiti untuk belajar tentang industri ini. Saya percaya rakan-rakan atau keluarga anda, pasti ada yang menjadi klien anda. Pendapatan lebihan ini akan membantu meringankan kehidupan anda.
#12. Saya sibuk. Kerja saya pun dah sibuk.
Orang yang sibuk adalah orang berjaya. Itu pasti. Untuk lebih berjaya, kehidupan kena seimbang. Keluarga, bisnes, kerjaya, agama, spritual dan komuniti. Industri ini adalah tentang pengurusan masa dan industri ini boleh beri jaminan, masa yang sedikit boleh beri pulangan yang tinggi.
Sumber: Jonash Go
Adib Yazid