Assalamualaikum dan selamat pagi.
Saya boleh katakan, hari ini ibu bapa sudah celik mata – lahirnya anak mereka, cepat-cepat mereka ambilkan satu polisi untuk anak. Sebagai persediaan.
Ya, persediaan itu amatlah penting.
Tahun dua tahun pertama bayi adalah tempoh yang kritikal. Anak senang menghadapi penyakit disebabkan antibodi belum dapat ‘develop’ sepenuhnya. Lalu, anda ambil satu polisi samada kad medikal sahaja atau beserta dana pendidikan.
Kebiasaanya, apabila polisi anak sebelum umur 18 tahun ia akan jadi begini;
Pemilik polisi (policyowner / certificate owner) adalah ibu atau bapa – salah satu(boleh jadi kedua-duanya, sila periksa polisi anda), dan orang dilindungi (life assured, life covered) adalah anaknya.
Normalnya, si ibu atau bapa yang mencarum untuk anaknya.
Apa yang akan berlaku kepada anaknya, jika si pencarum yakni ibu dan bapanya sudah meninggal dunia?
Fungsi Parent Contributor dalam Pelan Prudential BSN Takaful
Bawah ini adalah salah satu contoh maklumat pelanggan. Ini adalah pelanggan kepada ejen bernama Nurida Binti Dahalan dari Ipoh. Sijil ini adalah untuk anak, dibayar oleh ibu bapanya. Pada bulan September (ikut jadual) dikhabarkan bahawa penjaganya telah tiada.
Lihat bahagian Remarks.
Ketika penjaganya masih hidup, caruman atau tabarru (sumbangan) dibuat secara biasa menggunakan kad kredit / debit / autodebit. Tetapi selepas ketiadaan penjaganya pada bulan September, sijil takaful ini masih aktif lagi walaupun tidak mencarum lagi!
Ini adalah salah satu manfaat Parent Contributor dalam pelan Prudential BSN Takaful.
Manfaat ini akan diberi yakni sijil akan berterusan jika penjaga (policyowner / certificate owner / ibu bapa) telah:
- Meninggal dunia.
- TPD (Total Permanent Disability) – lumpuh kekal.
- Menghidapi salah satu penyakit kritikal (ada 36 jenis penyakit kritikal)
Sijil ini akan berterusan sehingga anaknya mencapai umur 25 tahun. Kenapa sampai 25 tahun sahaja?
Anggapan, bahawa rata-rata pada umur 25 tahun sudah mempunyai pekerjaan atau sumber kewangan sendiri. Ketika ini, pemilik sijil ini telah bertukar milik kepada budak itu (yang sudah besar). Sebagai pemilik, anda ada hak untuk tukar manfaat, tambah manfaat, kurangkan manfaat atau serah semula polisi.
Sebaik-baiknya, polisi ini diteruskan atas faktor ‘murah’, kerana telah diambil sejak kecil lagi.
Jadi, pastikan apabila anda ambil perlindungan untuk anak anda – ada manfaat ini disertakan sekali.
Adib Yazid
Memberi untuk menerima.