Insuran Kelompok VS Insuran Peribadi (INDIVIDU) Komprehensif

Seperti yang ditulis di Takaful Terbaik

 

12 bulan yang lepas, saya adalah antara individu yang begitu teruja untuk mengambil polisi insuran untuk perlindungan diri. Namun disebabkan keadaan ‘baru nak hidup’, saya mencari insuran yang murah. Bagi saya ketika itu, mahal dan murah sama saja. Insuran. Tetap akan cover.

Pada mulanya saya telah meletakkan benci kepada insuran kerana ayah saya pernah tertipu dengan insuran. Bayar rm200 setiap bulan, tapi tak ada apa-apa manfaat. Itulah sikap saya dahulu.

Dipendekkan cerita, satu hari seorang ejen insuran telah berjumpa dengan saya dan menceritakan insuran yang dijualnya. Saya amat tertarik kerana pada harga rm65, bukan sahaja saya dapat perlindungan untuk diri saya sendiri malahan saya dapat perlindungan untuk anak dan isteri tercinta. Hanya dalam satu kad. Itulah yang dinamakan insuran berkelompok. Saya juga telah menambah polisi untuk pampasan jika apa-apa berlaku kepada keluarga saya. Jumlah keseluruhan bulanan yang perlu dibayar adalah rm165 setiap bulan. Cukup selesa…

Walaupun saya begitu teruja, namun saya mengambil langkah berjaga-jaga. Saya membuat carian maklumat serta temubual dengan rakan-rakan yang pernah mengambil polisi berkenaan. Ada rakan yang begitu bersungguh mencadangkan agar kami mengambilnya kerana anak beliau dan beliau sendiri pernah menggunakannya semasa sakit di hospital.

Saya telah menandatangai persetujuan untuk polisi insuran berkelompok berkenaan. Perasaan senang hati kerana ada insuran yang telah cover diri dan keluarga saya jika berlaku apa-apa.

Namun beberapa bulan kemudian, terdengar rakan-rakan bising kerana premium bulanan telah meningkat daripada rm65 kepada rm85. Kenaikan sebanyak rm20. Setelah saya periksa, memang benar. Premium insuran yang dipotong melalui slip gaji menunjukkan peningkatan kadar potongan. Lantas segera saya menghubungi ejen berkenaan untuk bertanyakan maklumat lanjut. Ternyata benar. Saya sedikit berang kerana peningkatan premium berkenaan tidak dimaklumkan oleh ejen ataupun syarikat insuran berkenaan. Namun atas dasar sabar dan memikirkan perlindungan, saya pejamkan sahaja mata. Saya menyabarkan rakan-rakan yang lain agar menerima perkara ini.

Setelah hampir 5 bulan mencarum, saya telah bertemu dengan seorang lagi ejen insuran. Prudential BSN takaful. Saya diperkenalkan sendiri oleh isteri saya kerana ejen berkenaan adalah suami kepada rakannya. Apabila saya bertemu dengannya, saya telah mendapat satu perkara yang tidak saya dapat dengan ejen insuran kelompok saya sendiri. Secara tidak langsung, saya telah bersetuju untuk menambah polisi insuran untuk diri sendiri, anak saya dan isteri saya. Terasa agak sesak hidup saya kerana setiap bulan saya terpaksa komit sebanyak rm700 untul membayar insuran sahaja. Walaupun pada mulanya saya menolak, akhirnya saya menerima.

Setelah hampir 7 bulan saya membayar premium insuran berkelompok, Ujian daripada Allah telah menimpa saya. Saya, anak dan isteri ditimpa kemalangan antara Proton Exora (dipandu saya) dan sebuah lori treler, yang telah meragut nyawa anak saya yang berumur 9 bulan pada ketika itu. Isteri saya pula telah mengalami pendarahan otak dan patah tulang paha kaki kiri.

Dalam keadaan yang sayu, saya mengiringi pengkebumian anak saya. Setiap hari saya melawat isteri yang terbaring di katil. Siapa sangka. Perancangan untuk melihat anak perempuan saya membesar didepan mata, ingin melihatnya menjadi anak yang solehah dan cemerlang, hanyalah perancangan semata. Kita merancang, Allah juga merancang. Namun perancangan Allah lebih baik.

Saya telah menghubungi ejen insuran berkelompok setelah 7 hari pemergian anak yang tercinta. Saya memaklumkan bahawa anak saya telah meninggal dunia kerana kemalangan. Ejen telah meminta saya menyediakan segala dokumen seperti sijil kematian, laporan bedah siasat, dan sebagainya. Namun, terasa petir menyambar apabila pertanyaan saya mengenai jumlah pampasan anak yang akan diperoleh hanya Rm250 sahaja. Itupun hanya khairat kematian. Perasaan sayu saya menjadi marah. Saya telah dijanjikan dengan pampasan yang berjumlah rm20,000 apabila berlaku kematian ahli yang dilindungi dalam polisi (iaitu anak) namun apa yang dibalas, pampasan berkenaan hanyalah untuk pemegang induk polisi iaitu saya sendiri.

Dalam keadaan bengang, menyesal, saya duduk di bangku menunggu di hospital. Saya termenung. Sangkaan saya insuran kelompok akan membantu melindungi saya dan keluarga, rupanya hanya manis dibibir ejen.

Kekecewaan saya sedikit terubat apabila ejen insuran Prudential sendiri yang datang kepada saya. Bertanya khabar. Walaupun saya baru 2 bulan mencarum untuk anak, isteri dan saya, namun kesedihan saya sedikit terubat dengan berita mengenai pampasan kematian anak yang akan saya perolehi iaitu berjumlah rm25,000….

Saya bersyukur kepada Allah SWT kerana telah menggerakkan hati saya untuk mengambil polisi individu untuk keluarga. Benar. Walaupun saya terasa beban membayar rm500 setiap bulan untuk polisi prudential saya, anak dan isteri, namun jelas insuran inilah yang memberikan perlindungan. Walaupun agak mahal, tetapi berpadanan dengan manfaat yang diperolehi.

Setelah itu, saya sendiri telah menghubungi ejen untuk memberhentikan polisi insuran berkelompok berkenaan. Walaupun ejen seperti cuba mengelak apabila saya menghubunginya, saya sendiri telah mengambil tindakan untuk memberhentikan insuran berkelompok. Saya terpaksa menulis surat dan membuat panggilan. Alhmdulillah. Permohonan dalam proses.

Inilah kisah benar yang berlaku kepada diri saya sendiri. Kesilapan terpedaya dengan harga murah serta pelan insuran kelompok. Hanya memikirkan untung membayar murah, namun manfaatnya adalah pakej yang murah.

Catatan: Penulis adalah seorang guru yang kini giat memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai kepentingan insuran investment-link / secara individu.
Pengalaman yang dinukilkan adalah kisah benar.

Kemalangan berlaku pada 5 Mei 2015, dalam akhbar berita harian dan metro, 3 hari selepas berita kemalangan bayi tercampak dari Exora yang pernah menggemparkan negara.

 

 

Walaupun ada kekeliruan sedikit dalam cerita di atas (Kekeliruan samada takaful ataupun insuran), tapi anda ambil isi ceritanya.

 

Adib Yazid

.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s