Perancangan Kewangan Peribadi – Apa Yang Penting?

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Dalam perancangan kewangan peribadi, ada beberapa bahagian penting.

Antaranya:

  1. Teknik pengurusan Aliran Tunai (cashflow) dan Net Worth.
  2. Teknik pengurusan dan penstrukturan semula hutang piutang.
  3. Teknik belanjawan berkesan.
  4. Membina benteng kewangan yang kukuh.
  5. Membina perlindungan aset dan penggantian pendapatan.
  6. Menjana aset dengan portfolio pelaburan komprehensif.
  7. Pembersihan dan penyucian harta.
  8. Perlaksanaan cukai secara optimum.
  9. Perancangan persaraan.
  10. Perancangan tabungan pendidikan anak.
  11. Perancangan pusaka dan wakaf.

Senarai ini datang dari tuan Alwi Adam Ezaz Wealth. Gunakan ‘checklist’ ini samada anda sudah buat ke belum.

Kalau anda tidak mampu buat kesemuanya, sila rujuk kepada pakar. Maksud saya, pakar adalah Perancangan Kewangan yang betul bertauliah. Di Malaysia, perancangan kewangan bertauliah mempunyai salah satu:

  • RFP (Registered Financial Planner)
  • Shariah RFP (Islamic versi RFP)
  • CFP (Certified Financial Planner)
  • IFP (Islamic Financial Planner)

Atau untuk jumpa lebih ‘advance’ lagi, sudah pasti caj khidmat mereka lebih tinggi.

  • CLU (Chartered Life Underwriter) – lebih kepada insuran.
  • ChFC (Chartered Financial Consultant)
  • CFA (Chartered Financial Analyst)

 

Bagaimana mahu menjadi seorang Financial Planner?

Ramai bertanyakan FInancial Planner ni apa dan bagaimana mahu menjadi seorang Financial Planner?

Ok disini saya terangkan serba sedikit.

Financial Planner atau Perancang Kewangan adalah satu karier professional dalam bidang kewangan dan menjurus kepada aspek pengurusan kewangan peribadi.

Financial Planner ini boleh jadi bekerja di institusi kewangan seperti bank, institusi pengurusan dana (fund house), dan boleh jadi private company atau individu.

Untuk menjadi Financial Planner, anda perlu melalui certification process. Terdapat 3 badan (self regulatory body) yang membuat certification ini.

1) FPAM. Financial Planning Assocation of Malaysia. Certification ialah CFP (Certified Financial Planner). CFP merupakan professional certificate antarabangsa. Minimum degree.

2) MFPC. Malaysian Financial Planning Council. Certification ialah RFP (Registered Financial Planner) dan ShRFP (Shariah Registered Financial Planner). Minimum SPM.

3) IBFIM. Certification ialah IFP (Islamic Financial Planner).

Untuk menghabiskan semua satu certificate ini mengambil masa lebih kurang 2 tahun (normal phase). Namun boleh juga dipercepatkan jika mengambil overlap module pada satu2 masa.

Jika anda ada degree dalam bidang finance/law/accounting, anda boleh mengambil challenge status, iaitu fast track course dan exam. Disitu anda boleh menjimatkan banyak masa.

Sekiranya anda telah ada satu certificate, anda boleh ambil certificate yang lain dengan challenge status juga. Sebagai contoh, jika anda telah lulus CFP, anda boleh ambil IFP. Namun jika anda ada IFP, anda tidak boleh ambil CFP.

Oh ya, selain certificate di atas, ada lagi professional certificate seperti CFA dan ChFC. CFA lebih tinggi penggunaannya, tidak terhad kepada pengurusan kewangan peribadi.

Alwi Adam EzazWealth

Harap membantu anda lebih faham mengenai perancangan kewangan sebenar.

Adib Yazid

 

 

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s