Assalamualaikum dan selamat pagi.
Baru ini, saya telah menghadiri Crossroad iaitu salah satu kelas WAJIB pergi sebelum anda mahu naik pangkat dari seorang ejen ke seorang ketua agensi (agency leader). Saya gemar kelas ini, kerana ‘transparent’ dengan keadaan sebenar menjadi agency leader.
Melalui kelas Crossroad ini, mereka telah memberitahu bahawa ada TIGA Cabaran utama menjadi agency leader.
- Cabaran datangnya dari sendiri – tanggungjawab, sokongan dan masa.
- Cabaran datangnya dari tugas ‘leader’ – merekrut, memilih, supervision dan melatih.
- Cabaran datangnya dari persekitaran – syarat dan kondisi wajib dipenuhi sebelum bergelar seorang agency leader.
Cabaran Pertama
Cabaran Pertama : Adakah anda sudah bersedia dari segi mental dan fizikal?
- Anda mungkin akan kurang masa untuk menikmati kehidupan hobi anda dan bersuka ria.
- Anda mungkin kurang masa bersama dengan keluarga.
- Masa untuk diri sendiri mungkin berkurang.
- Anda perlu usaha lebih untuk kekalkan hubungan anda dengan orang lain seperti keluarga dan rakan-rakan.
- Anda mungkin kurang sokongan daripada keluarga itu sendiri.
Cabaran Pertama : Tanggungjawab anda kepada orang lain.
- Anda sentiasa memastikan ejen anda berjaya dalam industri ini.
- Anda bertanggungjawab kemajuan dan intelektual ejen-ejen anda.
- Anda kena memenuhi janji-janji anda kepada ejen-ejen anda.
Cabaran Kedua
Cabaran Kedua : Komunikasi awam anda terhadap orang lain.
- Anda kena pandai berkomunikasi dengan orang lain bukan sekadar ejen sahaja, tapi rakan kepada ejen, keluarga kepada ejen, supaya lebih efektif dan dalam keadaan beradab. Cabaran lain, anda kena tunjukkan imej dan kualiti sokongan anda dan servis kepada mereka.
Cabaran Kedua : Merekrut
- Anda kena faham bahawa ‘turnover’ iaitu ejen datang dan ejen pergi adalah suatu yang pasti.
- Proses merekrut adalah proses berterusan untuk menguatkan pasukan anda, dan menggantikan siapa yang gagal dalam pasukan anda.
- Anda kena tanam dalam fikiran anda bahawa, jika anda tidak rekrut anda akan mereput.
Cabaran Kedua : Memilih
- Memilih bukan sahaja ketika ejen masuk, tapi memilih ejen mana yang anda tidak mahu dalam agensi anda.
- Proses pemilihan supaya anda mampu membentuk seorang ejen yang berjaya.
- Proses pemilihan penting untuk kejayaan jangka panjang.
- Memastikan agensi anda berjalan atau bergerak dalam keadaan menguntungkan, bukan merugikan anda dari segi kewangan dan masa.
Cabaran Kedua : Memberi latihan
- Latihan adalah proses transaksi ilmu dan pengetahuan serta skil, samada secara teori (dalam kelas, video, buku atau blog) atau secara amali dan praktis (joint field work atau direct approach)
Cabaran Kedua : Supervision & Bimbingan (coaching).
- Supervision adalah memberi panduan dan arah tujua serta proses kritikal memberitahu prestasi ejen sebenar.
- Bimbingan (coaching) adalah proses memberi nasihat dan tunjuk ajar, atau arahan yang boleh menaikkan prestasi atau memajukan kebolehan ejen.
- Supervision dan coaching amat penting melahirkan (a) produksi jualan yang bagus (b) ejen-ejen yang berjaya dan (c) ‘turnover’ ejen akan berkurang.
Cabaran Kedua : Kepimpinan
- Kepimpinan adalah kemampuan melahirkan seseorang yang terbaik, dari segi hasil kerja.
- Kepimpinan adalah perlu untuk memimpin orang lain mencapai visi, arah tuju agensi dan tujuan kehidupan itu sendiri.
Cabaran Kedua : Merancang perjalanan agensi.
- Anda berhak menentukan hasil sebuah agensi (berapa diperlukan) dan juga berapa ejen yang anda perlukan dalam agensi anda.
- Anda perlu menentukan pelan tindakan untuk mencapai objektif anda.
- Anda perlu melatih ejen-ejen baru.
Cabaran Kedua : Kewangan agensi.
- Seorang agency leader perlu tahu perjalanan kewangan agensi anda.
- Seorang agency leader perlu tahu mana satu aktiviti yang memberi pulangan dan aktiviti yang membawa kerugian.
- Seorang agency leader perlu tahu mana satu perbelanjaan yang menguntungkan dan merugikan agensi.
- Seorang agency leader perlu kenalpasti ejen yang produktif dan ejen yang tidak produktif.
Cabaran Kedua : Menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.
- Anda kena mahir menguasai emosi dan mempunyai pemikiran jelas terhadap satu perkara apabila berhadapan dengan ejen dan masalah-masalah dalam agensi.
Cabaran Ketiga
Pertama sekali anda kena kenalpasti apakah syarat sebelum anda naik ke agency leader. Sebagai contoh, untuk Prudential anda hanya perlu syarat ini:
- Direct Unit Production : RM200,000
- Minimum Man Power : 1 QA RM50,000 & 2 QA RM20,000
- Persistency 1st Year : 85% for 2 consecutive years
- Any changes refer to circular
Tapi, tanya diri anda – adakah anda mahu naik ke agency leader dengan syarat yang minimum? Jadi, anda kena fikirkan perkara itu.
*Statistik ini adalah nota saya ketika kelas Crossroad, data ini tidak sesuai untuk dibicarakan secara umum dan ia hanya untuk gambaran jelas kepada saya
Kalau lihat nota di atas (gambar), naik dengan 1 Juta jualan adalah sangat mantap yakni dengan 10 orang ejen sebelum naik.
Kuncinya untuk naik dengan mantap (promotion strong) adalah:
- Mempunyai sistem agensi yang bagus.
- Mempunyai ejen yang berkualiti dan berdikari.
- Diri anda, mempunyai skil-skil seorang agency leader.
Apakah skil-skil yang diperlukan oleh seorang agency leader?
#1. Skil kepimpinan dan skil mengatur / merancang ( leadership & planning skill)
- Anda bertanggungjawab merancang budaya dalam agensi dan falsafah (visi dan misi)
- Anda mampu mengatur perancangan agensi dan bersemuka dengan ejen-ejen anda.
- Konsisten dalam memajukan diri anda sendiri dari segi pengetahuan dan skil.
- Anda kena faham bahawa, semakin berkualiti diri anda semakin berkualiti agensi anda.
#2. Skil menyusun masa (time management skill)
- Pengurusan masa adalah sangat kritikal untuk anda mengatur tanggungjawab dan tugas anda sebagai seorang agency leader.
- ‘Structured day’ adalah amat penting dan efektif untuk pengurusan masa.
#3. Skil merekrut (recruitment skill)
- Merekrut adalah asas kejayaan sebuah agensi.
- Bisnes anda boleh berkembang melalui proses merekrut.
- Proses ini memerlukan konsistensi.
- Mampu merancang dan menyusun aturan ejen yang anda sudah rekrut dan pandai mengatur pelbagai cara untuk merekrut.
#4. Skil coaching & supervision (coaching & supervision skill)
- Anda berkeupayaan melihat, memerhati dan sentiasa ‘up-to-date’ dengan perjalanan ejen anda.
- Sentiasa menunjukkan jalan dan arah tuju, supaya tidak lari jauh dari tujuan utama mereka berada di agensi anda.
- Coaching & supervision adalah penting untuk ‘retention’ atau kata lain, mengurangkan ‘turnover’ dalam agensi anda, serta membesarkan agensi anda.
#5. Skil melatih (training skill)
- Tujuan utama anda melatih supaya ejen anda memberi hasil kelak nanti.
- Membantu ejen anda mempunyai pengetahuan, skil, tabiat (KASH – knowledge, attitude, skill & habit)
- Menjadikan ejen anda berjaya.
- Transaksi model berjaya kepada ejen-ejen baru.
#6. Skil memberi motivasi (motivation skill)
- Motivasi adalah skil paling penting untuk memastikan ejen anda sentiasa berada dalam keadaan terbaik dari masa ke semasa.
- Anda kena mahir pelbagai cara memberi motivasi supaya motivasi yang diberi tidak membosankan ejen anda.
Komisyen overiding seorang agency leader dan ejen itu sendiri
Doakan saya naik dengan ‘strong’!!! 10MDA
Adib Yazid