Perbezaan Ketara Ejen Insuran Takaful PART TIME dan FULL TIME

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Untuk menjadi ejen insuran / takaful, tak semestinya anda bermula terus dengan Full Time (sepenuh masa) – ya, anda boleh buat sebegitu. Itupun jika anda benar-benar berani, tiada apa-apa komitmen kewangan dan faham bagaimana industri ini bergerak.

Rata-rata, kesemua ejen Full Time bermula dengan ejen Part Time.

Jadi, apa beza ejen Full Time dan ejen Part Time?

 

Ejen Part Time

Kebanyakan ejen Part Time hanya untuk menambah pendapatan terhadap pendapatan yang sedia ada. Kebanyakan masa untuk keluarga, jadi fokus kepada bisnes kurang kerana ada kerja utama.

Kebiasaannya hanya 15 jam seminggu.

  • 10 jam untuk berjumpa dengan prospek baru.
  • 3 jam untuk belajar atau menghadiri latihan agensi.
  • 2 jam untuk berjumpa atau sesi ‘coaching’ dengan agency leader anda.

Potensi pendapatan ejen Part Time sebulan dalam lingkungan RM3,000 hingga RM5,000.

 

Ejen Full Time

Ini adalah golongan ejen profesional dalam jualan insuran / takaful. Pendapatan utama memang datang dari komisyen ejen yang tinggi dari kebiasaan Part Time.

Kebiasaannya diperuntukkan kerja 40 jam seminggu.

  • 34 jam untuk berjumpa dengan prospek baru / pelanggan sedia ada.
  • 4 -8 jam untuk belajar atau menghadiri latihan agensi.
  • 2 jam untuk berjumpa atau sesi ‘coaching’ dengan agency leader anda.

Potensi pendapatan ejen Full Time sebulan dalam lingkungan RM8,000 hingga RM30,000.

 

Tambahan : Agency Leader

Ini adalah golongan elit profesional dalam jualan insuran / takaful. Kebolehan bukan sahaja dalam jualan tapi dalam pembinaan agensi dan pembangunan usahawan. Pendapatan utama datang dari pendapatan agensi dan ada juga yang masih memberi fokus kepada pendapatan seperti ejen Full Time.

Kebiasaannya memperuntukkan kerja 40 jam seminggu.

  • 32 jam untuk berjumpa potensi ejen.
  • 4 – 8 jam untuk membangunkan ejen-ejen baru.
  • 2 – 4 jam untuk pembangunan agensi secara keseluruhan.

Potensi pendapatan seorang Agency Leader sebulan lingkungan RM15,000 dan ‘unlimited’ (tiada siling)

 

Jadi anda mahu yang mana satu? Part Time? Full Time atau Agency Leader?

Terpulang kepada anda.

 

Adib Yazid

Advertisement

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s