Pembahagian Harta Insuran / Takaful : Faraid, Wasiah dan Hibah Bersyarat

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Hari ini saya ingin berkongsi tentang pemilikan harta dan pewarisan harta.

Sesuatu harta yang mutlak milik kita, adalah harta yang kita mempunyai kawalan sepenuhnya. Rumah yang telah habis bayar adalah harta. Rumah yang belum habis bayar, belum tentu itu harta anda. Seperti juga kereta, ia bukan harta selagi anda berhutang dengan bank.

IMG_1230

Insuran dan takaful, adalah harta anda sebenarnya. Kenapa saya kata begitu, sebab anda berhak mempunyai kawalan kepada polisi insuran atau sijil takaful. Contohnya, anda ambil pelan berkaitan pelaburan – anda berhak mengurangkan caruman atau menambah caruman, apatah lagi untuk tidak mahu mencarum. Anda memulangkan polisi atau sijil untuk mendapatkan nilai tunai.

Apabila insuran dan takaful adalah harta anda, jadi boleh kah ianya diwarisi?

Jawapannya, tidak. Boleh diwarisi adalah segala bentuk pampasan dan nilai tunai jika berlaku kematian.

 

Trust & Non-Trust 

Sebelum saya pergi jauh mengenai perbezaan Wasiyah dan Hibah Bersyarat, saya mahu anda fahamkan dulu konsep trust dan non-trust.

Trust untuk pemahaman yang lebih mudah adalah lebih baik anda faham begini – orang hubungan yang penting.

Contoh trust adalah;

  • Seorang ayah menamakan anaknya, anaknya pula boleh dalam keadaan bujang atau sudah berkahwin.
  • Seorang suami menamakan isterinya.
  • Seroang anak yang masih bujang, menamakan ibu dan bapanya.

Contoh non-trust adalah;

  • Seorang anak yang sudah berkahwin menamakan ibu atau bapanya.
  • Seorang abang menamakan seorang adik, dan sebaliknya.
  • Seorang teman lelaki menamankan teman perempuannya.
  • Seorang bos menamakan pekerjanya.

Kenapa konsep trust dan non-trust ini penting? Anda kena tahu, apabila berlaku pampasan kematian, penama adalah seorang trust – duit pampasan itu adalah credited proof. Maksudnya, duit pampasan itu tidak boleh dituntut untuk menyelesaikan hutang. Jika non-trust, duit pampasan itu masih boleh dituntut untuk urusan menyelesaikan segala hutang.

Trust dan non-trust, adalah berlaku ketika penama ditulis.

Contohnya, anak itu ketika bujang menamakan ibunya sebagai penama penerima pampasan kematian – jadi ketika ini, masih seorang trust.

Selepas beberapa tahun, anak itu telah berkahwin. Juga berlaku kematian kepada anaknya. Persoalan akan muncul, samada duit pampasan itu credited proof atau tidak, kerana ianya adalah non-trust jika seorang anak berkahwin menamakan ibu atau bapanya.

Untuk kes ini, duit pampasan itu adalah credited proof kerana si anak menamakan penama, seorang ibu ketika dia masih belum berkahwin. Jadi ketika ini, adalah trust.

 

Faraid, Wasiah & Hibah Bersyarat

Apabila seorang muslim meletakkan penama, anda kena faham tiga ini –

  • Hibah bersyarat
  • Wasiah
  • Faraid

Wasiah dalam kata lain adalah pelaksana (executor), iaitu melaksanakan tanggungjawab. Manakala hibah bersyarat adalah hadiah. Faraid adalah undang-undang pembahagian harta, diterangkan dengan jelas dalam Al-Quran.

Saya lebih suka menerangkan menggunakan situasi.

Situasi 1 : Ali membeli satu polisi konvensional dan menamakan ibubapanya sebagai penama.

Situasi ini, sebenarnya dah termaktub dalam borang permohonan konvesional insuran.

‘No trust is created for Muslim assured / proposer, therefore a nominee of a Muslim assured / proposer shall distribute the policy moneys according to Islamic Law.’

Maksudnya, jika berlaku kematian kepada Ali, duit pampasan kematian akan diberi kepada ibubapanya sebab ada penama dalam polisi tersebut. Tetapi, ibubapanya masih boleh menerima duit tersebut dan hendaklah membahagikan duit itu mengikut hukum Faraid.

Seterusnya, untuk pencarum takaful pula.

Situasi 2 : Ali mencarum satu sijil takaful dan memilih cara wasiah, dan menamakan ibubapanya sebagai penama.

Jika berlaku kematian kepada Ali, ibubapanya akan menerima manfaat kematian tersebut. Akan tetapi masih lagi, perlu diagihkan mengikut hukum Faraid.

Kes ini, penama hanyalah sebagai wasi (pelaksana/executor) dan ini juga adalah non-trust. Bila non-trust, maksudnya, bukan credited proof. Kena selesaikan pembayaran hutang, barulah selepas itu diagihkan melalui hukum Faraid.

Situasi 3 : Ali mencarum satu sijil takaful dan memilih cara hibah bersyarat, dan menamakan ibubapanya.

Jika berlaku kematian kepada Ali, ibubapanya akan menerima manfaat kematian tersebut. Duit pampasan tersebut adalah credited proof – tidak boleh dituntut untuk urusan hutang.  Ini keranan ianya adalah trust. Tambahan, ibubapanya menerima duit pampasan itu sebagai benefisian (beneficiary). Dengan kata lain, duit itu adalah mutlak sebab ianya adalah hadiah.

Walau apa-apapun, hutang masih perlu dibayar. Jika tidak, roh akan digantung.

 

Jika anda tahu atau tidak polisi insuran / sijil takaful anda mempunyai penama, atau jika takaful, ianya wasiah atau hibah – sila rujuk ejen anda.

 

Memberi untuk menerima.

Adib Yazid

 

Advertisements

7 responses to “Pembahagian Harta Insuran / Takaful : Faraid, Wasiah dan Hibah Bersyarat

  1. Salam Adib, saya ada soalan, 🙂

    1) Situasi 1 & 2 – either insurans & conventional, penama tetap wajib untuk menyelesaikan hutang & dibahagi ikut faraid. Betul ke pemahaman saya?

    2) Pampasan Kematian Polisi Insurans bolehkah di faraidkan? Kerana saya diberitahu oleh senior agent waris x boleh ambil langsung pampasan, melainkan saving & total contribution arwah. Is it true?

    Thanks Sifu Adib 🙂
    *dah baca2 blog you, baru tau banyak benda yg kita terlepas pandang kadang. Thanks a lot!!!

    Like

  2. Pingback: Pampasan Insuran Konvensional : Boleh Ker Keluarga Arwah Menerima? | Adib Yazid·

  3. Pingback: DIY Kewangan : Instrumen Perancangan Pusaka | Adib Yazid·

  4. Pingback: Hibah Bersyarat : Pelan Hibah Bersyarat Menggunakan Instrumen Takaful | Adib Yazid·

  5. Pingback: Hibah Takaful | Adib Yazid·

  6. Pingback: Hibah Bersyarat : Pelan Menggunakan Fungsi Hibah Bersyarat Dalam Instrumen Takaful – T A K A F U L 4 L i F E·

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s