Assalamualaikum dan selamat pagi.
Alhamdulillah, Selasa yang lepas minggu ini saya berpeluang menuntut ilmu baru dari pengasas Kumpulah Khalifah, Tuan Kamarudin Najri. Saya merasakan kali ini, agak lebih ‘tough’ dari kebiasaan iaitu bagaimana memerah otak sebagai seorang ‘leader’ dalam sebuah agensi untuk mencipta satu kejayaan paling tinggi – 10 MDA.
Nota: MDA bermaksud Million Dollar Agency
Membina sebuah agensi yang berjaya sehingga mencapai 10 MDA adalah bukan kerja berseorangan. Ia adalah kerjasama sebuah pasukan, dari ketika anda masih ejen yang sudah mempunyai ejen lain atau anda sedang berada fasa bersedia menjadi ketua unit, atau fasa sebelum anda menjadi pengurus agensi.
Sebenarnya langkah-langkah sebelum anda membina sebuah agensi 10 MDA adalah bermula dengan TUJUH soalan-soalan utama ini.
#1. Kenapa agensi 10 MDA adalah sangat penting dan bermakna kepada anda?
Kenapa anda perlu bermula dengan ‘kenapa’? Dalam membina sebuah agensi, yang paling penting adalah mindset – gaya berfikir anda. Bukan skill atau peralatan. Anda kena tahu apakah mindset seorang ‘leader’, apakah pula mindset seorang ejen. Anda kena bezakan.
Memang betul, 10 MDA adalah penting untuk pendapatan anda. Tapi, dengan pendapatan yang anda perolehi, apakah makna sebenar? Adakah dengan menjadi 10 MDA semata-mata kerana wang? Cuba tanya diri anda sebenar kenapa 10 MDA itu sangat penting dan bermakna kepada anda.
#2. Siapakah watak penting dalam pembinaan agensi anda?
Sekali lagi, membina sebuah agensi bukan kerja seorang diri tapi kerja satu pasukan. Anda kena tanya, dalam sebuah pasukan anda – siapakah keyman anda?
Memang betul semua adalah watak penting dalam agensi anda.
Anda kena tentukan siapakah yang memberi ‘contribution’ paling besar dalam agensi anda, sambil jangan lupa rakan bisnes anda yang lain.
#3. Siapa mentor anda dalam kerangka membina sebuah agensi?
Untuk menjadi hebat, anda perlukan guru yang hebat – dan usaha yang hebat. Kenapa anda perlukan mentor? Untuk menjadi ‘role-model’ yang anda boleh ikut secara rapat dan bulat-bulat.
Macam Saidina Ali pernah berkata, kalau berkawan dengan penjual minyak wangi badan anda pun bau wangi. Fahamkan maksud ini.
#4. Bila sebenarnya anda dan grup anda mahu capai 10 MDA?
10 MDA atau 10,000,000 atau 10 juta adalah bukan satu angka yang kecil. Ia adalah satu angka yang sangat, sangat, sangat besar! Kerja ini bukan setahun punya kerja, tapi boleh jadi bertahun-tahun. Anda sebagai ‘leader’ yang memacu, anda sudah kena rancang bilakah waktu yang anda mahu untuk capai 10 MDA.
Pastikan impian anda itu realistik.
#5. Apa persiapan anda dari segi latihan / seminar / kelayakan yang perlu dilengkapkan untuk anda pergi lebih jauh?
Jadi ketua darjah, anda perlu skil dan ilmu untuk memimpin lebih kurang 30 orang dalam sekelas. Untuk jadi CEO sebuah syarikat, anda perlu tahu selok belok dan skil memimpin 1,000 orang.
Begitu juga dengan sebuah agensi. Kepimpian anda, persiapan anda bukan sahaja dari segi skil jualan anda ketika menjadi ejen insuran / takaful. Menjadi pemimpin sebuah agensi adalah satu ‘level’ yang sangat lain.
Jadi, pilih latihan / seminar / kelayakan yang anda rasakan perlu untuk memimpin sebuah agensi yang besar – 10 MDA agensi.
#6. Bagaimana anda mahu mempengaruhi atau menyakinkan keyman anda, bahawa 10 MDA adalah penting kepada mereka?
Menyakinkan grup untuk melakukan benda besar satu perkara, dan menyakinkan melakukan benda besar adalah satu perkara berbeza.
Mencapai impian yang besar anda perlu mempunyai ‘why’ yang besar. Boleh rujuk semula soalan pertama.
#7. Apakah strategi anda untuk capai 10 MDA, contohnya menggunakan M.A.P.A. (manpower, activity ratio, production, average case size)
Setelah enam soalan anda jawab, baru boleh fikir mengenai strategi.
Di sini anda sudah boleh kerangka perjalanan setiap orang rakan bisnes anda dalam grup. Kuncinya di sini, anda kena tanya setiap seorang – berapakah sumbangan yang mereka ‘sanggup’ lakukan.
Sebenarnya kenapa saya dipaksa buat ini adalah kerana ingin lihat angka 1 juta itu adalah angka yang mudah dihadam kepala hotak – yakni, mindset kita.
Adib Yazid
Wow.. Terbaik
LikeLike