Assalamualaikum dan selamat pagi.
Saya bercerita dari perspektif perancangan kewangan Islam.
Perancangan kewangan Islam adalah sangat teristimewa, berbanding perancangan kewangan konvensional. Dimana, prosesnya lebih panjang iaitu sehingga kita mati dan keadaan sudah mati; kehidupan akhirat.
Antara bab yang sangat penting, adalah pewarisan harta pusaka. Sebelum ini saya telah menyentuh soal pembahagian harta insuran & takaful. Alhamdulillah, ada beberapa respon diterima.
Boleh rujuk di sini terlebih dahulu – Pembahagian Harta Insuran / Takaful : Faraid, Wasiah dan Hibah Bersyarat.
Saya ambil satu set pertanyaan:
Salam Adib, saya ada soalan,
1) Situasi 1 & 2 – kedua-dua insuran & conventional, penama tetap wajib untuk menyelesaikan hutang & dibahagi ikut faraid. Betul ke pemahaman saya?
2) Pampasan Kematian Polisi Insurans bolehkah di faraidkan?
Kerana saya diberitahu oleh ejen senior – waris tak boleh ambil langsung pampasan, melainkan simpanan & jumlah caruman arwah. Adakah itu betul?
Thanks Sifu Adib
Soalan 1:
Pampasan insuran konvensional tetap dibahagikan menerusi Faraid. Manakala, jika pampasan takaful akan dibahagikan mengikut Faraid jika anda memilih jalan wasiah.
Apabila berlaku kematian, perkara yang perlu diselesaikan (mengikut step by step) adalah seperti berikut:
- Menyelesaikan segala perbelanjaan pengebumian dan pengurusan jenazah.
- Menyelesaikan segala hutang piutang yang telah ditinggalkan.
- Menyelesaikan segala cukai-cukai yang tak dibayar.
- Menyelesaikan tuntutan harta sepencarian.
- Menyelesaikan ‘testamentary disposition’ – wasiat bertulis, anak yatim dll.
- Barulah menyelesaikan baki wang dengan Faraid.
Soalan 2:
Pampasan kematian insuran konvensional sememangnya perlu di Faraidkan. Insuran konvensional adalah harta ‘trust’. Boleh rujuk kepada Insurance Trust Act, dibawah pemegang polisi seorang Muslim – section 166 & section 167.
Saya tak membincangkan kanduangan kedua-dua seksyen di sini.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan, muzakarah yang ke 94 telah membincangkan perkara ini lebih mendalam yang bersidang pada 20-22 April 2011.
- Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa insurans konvensional adalah suatu muamalah yang tidak patuh syariah kerana mempunyai elemen-elemen yang bercanggah dengan prinsip teras Islam.
- Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa pampasan polisi insurans konvensional yang diterima oleh ahli waris adalah dikira sebagai harta tidak patuh syariah.
- Dalam hal ini, jumlah bayaran pokok pembeli polisi ketika hayat sahaja dikategorikan sebagai harta peninggalan si mati yang perlu diagihkan secara sistem faraid. Manakala baki pampasan polisi insurans konvensional tersebut tidak boleh diwarisi oleh ahli waris secara sistem faraid serta wajib dilupuskan dengan diserahkan sama ada kepada pihak Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri-Negeri atau didermakan untuk tujuan kebajikan termasuklah kepada golongan fakir dan miskin.
- Jika terdapat ahli waris pembeli polisi, contohnya isteri atau anak-anak pembeli polisi dikategorikan sebagai golongan fakir dan miskin, maka hukumnya adalah harus bagi ahli waris tersebut untuk mengambil wang pampasan polisi insurans konvensional tersebut dengan jumlah sekadar keperluan sebagai fakir dan miskin setelah disahkan oleh pihak berkuasa atau Jawatankuasa Kariah kawasan berkenaan. Baki wang pampasan polisi tersebut perlulah dilupuskan mengikut cara yang telah dinyatakan dalam perkara (c) di atas.
Boleh rujuk kandungan muzakarah itu di sini: E-Muamalat Islam
Sebaik-baiknya, ikutlah apa yang telah disarankan oleh muzakarah. Tapi secara perundangan, masih boleh. Terpulang, tanya hati & iman, jawab sendiri.
Adib Yazid
sangat baik ni tuan.. boleh share ke?
LikeLike
Boleh.
LikeLike
thank you boss!!! 🙂
LikeLike