Assalamualaikum dan selamat pagi.
Sejak 2 minggu lepas, kerap juga saya mula ditanya oleh pelanggan saya mengenai bagaimanakah pengurusan harta seperti insuran dan takaful. Oleh sebab itu, saya tak mahu memberi omongan atau kata-kata tanpa sebarang pengetahuan.
Saya telah mengambil inisiatif untuk belajar tentang ini – pengurusan harta pusaka.
- Pembahagian Harta Insuran / Takaful : Faraid, Wasiah dan Hibah Bersyarat.
- Pampasan Insuran Konvensional : Boleh Ker Dihibahkan?
Pengetahuan saya tentang instrumen perancangan pusaka, bermula dari kelas DIY Kewangan oleh Ezaz Wealth. Melalui kelas itu, saya telah mempelajari 6 instrumen perancangan pusaka.
- Wasiat : iaitu 1 per 3 harta boleh diberi kepada bukan waris, samada dalam bentuk sedekah atau wakaf.
- Hibah : iaitu memberi harta peribadi semasa masih hidup (hibah bersyarat dalam Takaful adalah beza sedikit)
- Amanah (trust) : iaitu melanting pemegang amanah sebagai pengurus yang menguruskan harta dan tidak jatuh kepada Faraid.
- Takaful : iaitu meletakkan waris sebagai penama, tidak melalui Faraid dan tidak dibekukan (jika memilih Hibah dan bukan Wasiah)
- KWSP : iaitu meletakkan waris sebagai penama. KWSP adalah berbeza sedikit, sebab ianya tertakluk di bawah akta KWSP.
- Harta Sepencarian : iaitu surat hak milik sepencarian suami dan isteri, maksimum 50%.
Bagi saya, pengurusan harta pusaka adalah bab pengurusan kewangan yang agak ‘complicated’ kerana ianya melibatkan soal kematian, undang-undang dan aturcara sedia ada.
Yang penting, apabila sudah meninggal dunia kita kena pastikan bahawa semua hutang diselesaikan!
Adib Yazid
1 Comment