Konsep Nilai Tunai (Cash Value) dalam Pelan Insuran / Takaful

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Hari ini mungkin anda kerap dengar, ‘Pelan 3 dalam 1’ atau ‘Pelan 5 dalam 1’ atau lebih gimik lagi, ‘Pelan 7 dalam 1’.

Ketahuilah kesemua pelan ini adalah pelan berkaitan pelaburan, dimana bahagian yang selalu disogokkan adalah pelan insuran / takaful ini tidak ‘burn’ tapi mempunyai nilai simpanan akan datang.

Ketika saya menulis ini, baru sahaja saya berada dalam tahun keempat – saya belum lihat lagi simpanan pelanggan yang banyak. Sepanjang karier saya ada beberapa orang yang mahu bertukar ejen servis.

Jadi ini adalah beberapa case study mengenai cash value dalam polisi insuran mereka.

 

Case Study 1 : Mencarum sejak 2003

Cash Value B01.jpg

Cash Value B02.jpg

Ini adalah maklumat mengenai polisi seorang pelanggan saya, lelaki yang telah mencarum hanya RM200 sebulan sejak bulan Mac 2003. Hari ini polisi beliau telah mencecah RM25,000.

Kalau diikutkan, sudah 13 tahun mencarum – bermaksud lebih kurang RM31,200 telah mencarum. Hanya RM25,222 sahaja nilai hari ini.

Jangan lupa, dalam tempoh 13 tahun itu tuntutan sudah lebih puluhan ribu! Nilai tunai dan nilai tuntutan tiada hubungan yang tepat.

Tuntutan bahagian lain, nilai tunai cerita lain.

 

Case Study 2 : Mencarum sejak 2001

Cash Value A01.jpg

Cash Value A02.jpg

Ibu bapa kepada beliau telah mencarum RM300 sebulan untuk anak beliau.

Pada tahun 2014, nilai tunai polisi beliau telah mencecah RM30,000 – setelah hampir 15 tahun mencarum. Tuntutan sudah banyak dilakukan. Beliau telah membuat keputusan untuk mengeluarkan sebahagian iaitu RM17,000 dikeluarkan dan disimpan di Tabung Haji.

 

 

Sejak kebelakangan ini, ada ejen dari syarikat lain telah menegakkan bahawa polisi berkaitan pelaburan mahal dan merugikan pihak pelanggan.

Sebenarnya, kalau anda memandang polisi insuran / takaful sebagai instrumen pelaburan semata-mata, itu salah dan tetap salah. Ini adalah instrumen perlindungan kematian, kesihatan dan kemalangan dan disertakan bahagian simpanan dan pelaburan. Bukan simpanan / pelaburan secara 100%.

Nilai tunai ini membantu pelanggan, andaikata berlaku satu keadaan tidak mampu membayar caruman, tetapi mahu menggunakan manfaat polisi.

Nilai tunai akan diambil dan menyokong manfaat ini, jadi polisi akan terus hidup.

Apa-apapun, faham polisi anda dan jangan terpengaruh dengan ‘viral’.

Adib Yazid

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s