Dale Carnegie : How to Win Friends & Influence People

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Saya baru membaca salah satu buku Dale Carnegie, iaitu ‘How to Win Friends & Influence People’ atau dalam bahasa Melayu adalah ‘Bagaimana Memenangi Hati dan Mempengaruhi Orang Lain’. Ini adalah prinsip yang telah diajar dalam buku tersebut.

Bagaimana Memenangi Hati Kawan dan Mempengaruhi Orang Lain

Teknik Asas Menangani Manusia

  • Prinsip 1 : Elakkas daripada mengkritik, mencerca dan mengeluh
  • Prinsip 2 : Berikan penghargaan yang jujur dan tulus.
  • Prinsip 3 : Bangkitkan minat dalam diri orang lain.

Enam Perkara yang Perlu dilakukan supaya Orang Lain Menyukai Kita

  • Prinsip 4 : Bersungguh-sungguh menaruh minat pada orang lain.
  • Prinsip 5 : Senyum
  • Prinsip 6 : Ingat nama setiap individu itu adalah nada yang enak didengari dan penting dalam apa-apa bahasa sekalipun.
  • Prinsip 7 : Jadi pendengar yang baik. Dorong orang lain supaya bercerita tentang diri mereka.
  • Prinsip 8 : Berbicara mengenai minat orang lain.
  • Prinsip 9 : Buat orang lain berasa penting dan lakukannya dengan tulus.

Mempengaruhi Orang Lain Supaya Mengikut Aliran Fikiran Kita

  • Prinsip 10 : Hindari perdebatan, cara mendapat manfaat daripadanya.
  • Prinsip 11 : Tunjukkan penghargaan kepada pendapat orang lain. Usah berkata, “Kamu salah.”
  • Prinsip 12 : Sekiranya kita salah, akui dengan segera dengan tegas.
  • Prinsip 13 : Mulakan dengan mesra.
  • Prinsip 14 : Pengaruhi orang lain mengatakan ‘ya’ dengan segera.
  • Prinsip 15 : Biarkan orang lain lebih banyak berbicara.
  • Prinsip 16 : Biarkan orang lain merasakan idea itu miliknya.
  • Prinsip 17 : Cuba dengan sungguh-sungguh melihat persekitaran kita dari sudut pandangan orang lain.
  • Prinsip 18 : Bersimpati dengan idea dan hasrat orang lain.
  • Prinsip 19 : Tumpukan perhatian kepada motif-motif yang lebih mulia.
  • Prinsip 20 : Dramatisasikan idea-idea kita.
  • Prinsip 21 : Lontarkan cabaran. Bangkitkan minat dalam diri orang lain.

Menjadi Pemimpin

  • Prinsip 22 : Mulakan dengan pujian dan penghargaan yang jujur.
  • Prinsip 23 : Gunakan kiasan bagi menegur kesalahan orang lain.
  • Prinsip 24 : Bicara dulu mengenai kesalahan kita sendiri sebelum mengkritik orang lain.
  • Prinsip 25 : Ajukan pertanyaan daripada mengeluarkan arahan.
  • Prinsip 26 : Berikan peluang kepada orang lain bagi menyelamatkan air muka.
  • Prinsip 27 : Puji segala pembaikan walaupun sekecil zarah dan puji setiap kemajuan. Jadi lebih terbuka menerima penghargaan dan murah hati menghadiahkan pujian kita.
  • Prinsip 28 : Berikan orang lain reputasi yang baik bagi dipenuhi olehnya.
  • Prinsip 29 : Gunakan dorongan. Jadikan satu-satu kesalahan itu kelihatan mudah dibaiki.
  • Prinsip 30 : Buat orang lain senang hati melakukan hal yang kamu cadangkan.

 

Adib Yazid

Advertisements

One response to “Dale Carnegie : How to Win Friends & Influence People

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s