Cara-Cara Mendapatkan Laporan Perubatan Daripada IKN (Institut Kanser Negara)

Jabatan Rekod Perubatan Institut Kanser Negara, Putrajaya terletak di aras enam berdekatan dengan Jabatan Teknologi Maklumat dan Pentadbiran.

Permohonan Laporan Perubatan

Laporan Perubatan:

  • Laporan Perubatan ialah laporan yang disediakan oleh pegawai perubatan mengenai masalah kesihatan dan rawatan yang diperolehi oleh individu semasa di atau Institut Kanser Negara atau kemudahan kesihatan.
  • Laporan ini disediakan apabila terdapat permohonan daripada pesakit, waris, majikan atau pihak tertentu untuk tujuan tuntutan insurans, pampasan, perundangan, pemeriksaan lembaga perubatan dan sebagainya.
  • Laporan perubatan hanya dikeluarkan untuk pesakit yang menerima rawatan di Institut Kanser Negara sahaja.

Cara Memohon Laporan Perubatan / Bedah Siasat

Dokumen yang diperlukan:

  • Pemohon/pesakit
  • Pesakit yang berumur 18 tahun ke atas boleh memohon sendiri laporan perubatan.
  • Pesakit yang berumur 18 tahun ke bawah / pesakit tidak sedarkan diri / kurang upaya / masalah mental / meninggal dunia, laporan perubatan boleh dipohon oleh waris terdekat seperti suami / isteri / anak / ibubapa dan adik beradik (sertakan bukti pertalian dengan pesakit)
  1. Borang permohonan (dapatkan dari kaunter)
  2. Salinan kad rawatan pesakit / salinan sijil kematian / salinan permit mengubur
  3. Dokumen pengenalan diri pemohon seperti kad pengenalan / sijil kelahiran / passport
  • Bagi permohonan daripada ejen / insurans peguam / pihak lain:
  1. Surat permohonan beserta surat keizinan daripada pesakit (sekiranya pesakit berumur 18 tahun ke bawah sertakan surat keizinan dari ibu bapa)
  2. Salinan kad rawatan / salinan sijil kematian / salinan permit mengubur.
  3. Borang insuran, KWSP, SOCSO / PERKESO dan sebagainya (jika berkaitan)
  4. Bayaran (mengikut jadual)

Tempoh Siap Laporan Perubatan

Laporan perubatan dijangka siap dalam tempoh 4 minggu setelah permohonan lengkap diterima. Pesakit boleh memilih samada datang sendiri untuk mengambil laporan perubatan atau memintanya untuk diposkan. Wakil yang hadir untuk mengambil laporan bagi pihak pemohon perlu mempunyai surat tunjuk kuasa / keizinan dari pesakit.

Caj-Caj mengikut Akta Fee 1951 Perintah Fee Perubatan (pindaan) 2003

  • Laporan Biasa: RM40 (warganegara), RM80 (bukan warganegara)
  • Laporan Ringkas Pakar: RM80 (warganegara), RM160 (bukan warganegara)
  • Laporan Lengkap Pakar (terperinci) : RM200 – RM1000 (warganegara), RM400-RM2000 (bukan warganegara)

Semua bayaran laporan perubatan hendaklah dibuat di Unit Hasil Aras 3 (Lobi Utama). Bayaran tertakluk kepada bilangan permohonan.

Waktu bayaran: 8 pagi hingga 5 petang. Sila dapatkan resit bayaran. Boleh menggunakan kad kredit / debit.

Waktu Operasi

  • Isnin – Khamis : 8 pagi hingga 1 petang, 2 petang hingga 5 petang.
  • Jumaat : 8 pagi hingga 12:15 tengahari, 2:45 petang hingga 5 petang.

Sebarang pertanyaan sila hubungi Jabatan Rekod Perubatan di talian 03-88925555 ext 6154 atau 6160. 

Advertisement

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s