Assalamualaikum dan selamat pagi.
Lama juga saya tidak berbincang mengenai VAKD, iaitu gaya pemikiran seseorang; secara Visual, Audio, Kinestetik dan Digital. Sebelum ini, saya dah kongsikan dalam nota NLP bagaimana ingin mengetahui orang yang kita berhadapan adalah seorang;
- Visual
- Audio
- Kinestetik
- Digital
Kali ini, saya hanya menyenaraikan karektor-karektor mengikut gaya pemikiran ini.
Gaya Pemikiran VISUAL
- Apabila bercakap, percakapannya laju.
- Suka menghabiskan ayat orang lain.
- Banyak menggunakan aksi tangan.
- Berfikir dan berimiginasi menggunakan tangan sebagai bantuan.
- Kerap pandang ke atas.
- Kurang sabar, kerana pemikiran jenis ini sangat laju.
- Fokus kepada hasil perbincangan (result oriented)
- Penjelasan perlulah ringkas dan padat.
- Suka penjelasan menggunakan poin.
- Gemar bawa kereta dengan laju.
- Kerja dalam keadaan ‘isolated’, sebab senang kena gangguan.
- Suka berpakaian kemas, ada ‘fashion sense’.
- Suka dalam keadaan kemas; keretanya sangat bersih.
- Tak suka dengar benda sama dan berulang-ulang.
- Boleh sembang menukar topik dengan cepat.
- Suka ‘big picture’ tentang satu idea.
- Idea yang besar lebih berminat, berbanding idea yang kecil-kecil sahaja.
- Tak suka jadual – jadual yang dibuat tidak fleksibel.
- Tak sabar atau tak gemar dengan terperinci – kena jelas.
- Cenderung mengabaikan butiran-butiran.
- Ayat biasa guna; ‘What can you do for me?’
- Suka pembentangan menggunakan poin-poin.
- Jenis ‘straight to the point’, jangan pusing-pusing.
- Suka ‘push’ dalam perbincangan.
- Abaikan perkara-perkara kecil, apatah lagi bila melancong.
- Apabila anda berjumpa orang visual, kena banyak bersabar.
- Jika anda orang visual, anda kena belajar menghargai orang lain.
- Bila stres, suka berbelanja (shopping), menonton wayang dan tengok-tengok kereta.
Gaya Pemikiran AUDIO
- Suka cakap dengan lancar dan fasih.
- Jenis boleh hafal lirik, dan pantang kalau lupa lirik (orang lain).
- Apabila bercakap, suak sentuh mulut dan telinga.
- Belajar dengan mendengar.
- Suka belajar dalam grup diskusi.
- Kerap pandang ke sisi.
- Suka berbual.
- Bercakap dalam keadaan kasual.
- Komunikasi, adalah keutamaan.
- Suka memberi idea dan pendapat sebagai tambah baik.
- Idea banyak, tapi kurang perlaksanaan.
- Suka berbincang sebelum melakukan sesuatu.
- Seorang pencerita yang hebat.
- Tak perlu catit nota.
- Boleh cakap secara ‘direct’, boleh buat orang lain kecil hati.
- Suka guna ‘humm, hmmm, oh’
- Suka cakap sendiri bila kerja.
- Cakap tanpa berfikir – cakap baru fikir.
- Sukar dalam diplomasi.
- Marah, apabila mempertahankan fakta.
- Kerapkali tinggi suara.
- Suka potong cakap orang lain.
- Suka tukar topik yang macam-macam apabila berucap.
- Boleh merajuk jika idea tidak diterima.
- Susah nak fokus.
- Percakapan kena didengari, jika tidak akan beri amaran supaya didengari.
- Seorang ‘natural leader’, boleh mempengaruh menggunakan percakapan sahaja.
- Jenis tak takut orang (outspoken)
- Bukan seorang ‘good listener’.
- Suka ‘recognition’.
- Prinsip ‘let them speak first’ apabila bercakap dengan mereka.
- Suka dipuji.
Gaya Pemikiran Kinestetik
- Bercakap dengan nada perlahan.
- Suka sentuh dada dan dagu.
- Seorang artistik.
- Seorang berkemahiran praktikal.
- Kerapkali pandang ke bawah.
- Belajar dengan membuat.
- Sentiasa dalam keadaan emosi.
- Seorang kaunselor yang hebat – sangat ambil berat dan ramah.
- Jenis ‘outdoor person’.
- Seorang setia.
- Seorang yang pandai jalin hubungan.
- Sangat menyokong orang rapat – mudah ditipu, mudah simpati.
- Mempunyai gerak hati yang kuat.
- Berorientasikan butiran yang terperinci.
- Seorang ahli pasukan yang bagus – suka tolong ahli lain.
- Berhati-hati buat keputusan (mengikut gerak hati)
- Buat kerja secara teliti – mekanik contohnya.
- Jadi, sentiasa lambat buat keputusan.
- Banyak pilihan, lagi lambatlah buat keputusan.
- Memerlukan banyak masa apabila berfikir.
- Sangat ‘high maintenance’ – nak orang ‘caring’ mengenai dirinya.
- Sukakan perhatian.
- Sangat sensitif.
- Tak suka secara formal.
- Mesra dahulu barulah boleh bekerja.
Gaya Pemikiran Digital
- Seorang tipikal; dunia dalam minda mereka.
- Fikir sedalam-dalamnya, barulah bercakap.
- Sangat rasional dan logikal.
- Sangat teliti, menghampiri atau seorang ‘perfectionist’.
- Mempunyai ‘standard’ kerja yang tinggi.
- Sentiasa mempunyai keinginan tinggi terhadap sekeliling.
- Belajar dengan memikir.
- Perlu masa untuk memproses maklumat.
- Mempunyai wajah ‘poker face’ – tiada ekpresi.
- Sukar untuk dipuaskan / dipujuk – perlu data yang cukup dan logik.
- Jenis suka membuat kajian / bacaan sendiri sebelum menerima satu idea.
- Apabila menerima satu idea, susah nak ubah.
- Sukar bekerja dengan orang kinestetik.
- Suka menghafal.
- Suka bekerja dalam aturan.
- Suka keadaan terperinci.
- Sangat kuat berfikir.
- Tak akan beritahu apa caranya, tapi beritahu apa yang dia mahukan.
Anda seorang (apa)?