NLP – Teknik Ucapan Awam (Mesti Tahu, Patut Tahu, Bagus Tahu)

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Saya percaya semua orang boleh bercakap apabila dianugerahkan oleh Allah untuk bercakap. (Tidak semua bernasib baik) Kebanyakan hari ini, apabila diajak untuk bercakap dihadapan orang lain, masing-masing mahu berselindung di balik rakan-rakan.

Punyalah bersungguh-sungguh tak nak bercakap!

Anda perlu tahu bahawa, untuk bercakap tidak memerlukan duit tapi hanya keberanian untuk bercakap. Soalnya, adakah anda cukup berani?

NLP Concept on Blue in Flat Design Style.

Soal tentang berani bercakap, elemen penting adalah apakah isi yang perlu anda cakapkan. Dalam teknik menulis isi, saya telah diajar menggunakan 3 teknik ini. Dalam konten ucapan anda perlulah ada;

  1. Perkara yang audiens anda MESTI TAHU
  2. Perkara yang audiens anda PATUT TAHU
  3. Perkara yang audiens anda BAGUS TAHU

 

Misalnya, saya ingin membuat ucapan tentang industri insuran / takaful, konten yang mengatakan bahawa anda patut ceburi industri ini.

Mesti Tahu:

“Bisnes adalah minat orang luar biasa. Berbilllion manusia di luar sana telah lahir di dunia ini dan tidak berhenti untuk menjadi orang dewasa. Apabila usia dewasa, kita dapati ada yang hidup biasa-biasa dan luar biasa.”

Patut Tahu:

“Karier insuran / takaful adalah pilihan orang luar biasa. Iaitu orang yang faham atau mahu berniaga.”

Bagus Tahu:

“Karier ini lebih kurang berisiko berbanding model bisnes yang lain.”

 

Saya beri contoh lain;

“Seperti sedia maklum, sembilan per sepuluh sumber rezeki datang daripada perniagaan. Tapi anda patut tahu, satu per sepuluh daripada populasi dunia berniaga. Ada banyak peluang untuk berniaga. Ada jual belon, ada jual air, ada jual nasi lemak dan ada juga jual jubah. Hari ini, ramai telah membuka mata, satu cabang perniagaan adalah berniaga sebagai usahawan Takaful.”

 

Amacam, boleh beri idea kepada diri anda, andaikata dijemput untuk memberi testimonial?

 

Adib Yazid

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s