Beza PRU Cash Double Reward (PCDR) & PRU Cash

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Baru-baru ini saya telah di-approach oleh seorang kenalan saya, dan ingin bertanya tentang samada ada atau tidak pelan simpanan. Saya kata ada, tapi beliau ingin tahu mengenai pelan PRU Cash Double Reward & PRU Cash.

Apa bezanya?

life-insurance-categories

 

Apabila situasi ini berlaku kepada saya, ada beberapa perkara saya perlu kenal pasti.

  • Jenis pekerjaan dan risiko terhadap pelaburan.
  • Apa yang perlu dicapai dan berapa lama beliau akan mencapai target tersebut.
  • Berapa yang beliau sanggup untuk menyimpan / melabur.

Apabila saya bertanya soal ini, jawapan yang telah diberi adalah berikut:

  • Agak ‘moderate’, iaitu sederhana. Kalau buat pelaburan, boleh pejam mata tidur.
  • Beliau bercadang untuk menggunakan dana tersebut 20 tahun akan datang.
  • Setelah lihat perbelanjaan dan pendapatan, ada lebih kurang RM200-RM300 boleh dilabur.

(Disclaimer : PRU Cash Double Reward & PRU Cash adalah pelan konvensional, bukan patuh syariah)

Sebelum saya pergi jauh, sila muat turun dua pelan ini:

 

Rumusan PRU Cash Double Reward

  • Caruman Bulanan : RM261.45
  • Caruman Tempoh : 10 Tahun Sahaja
  • Selepas 10 tahun, berhenti mencarum tapi akan dapat BONUS
  • Tahun Ke-1 hingga Tahun Ke-5, setiap tahun akan diberi RM450
  • Tahun Ke-6 hingga Tahun Ke-20, setiap tahun akan diberi RM900
  • Duit boleh pilih samada dimasukkan ke akaun sendiri, ataupun dilaburkan semula.
  • Kebanyakan ramai memilih opsyen dilaburkan semula – untuk kegunaan akan datang.
  • Apa akan berlaku selepas 20 tahun?
  • Caruman yang telah diberi: RM31,374
  • Bonus dijanjikan (tak kisah ekonomi naik atau turun): RM15,000
  • Duit pelaburan semula (opsyen dilaburkan semula) : RM24,590
  • Bonus Prestasi Syarikat : RM13,125
  • Bonus Setia bersama Syarikat : RM4,099
  • Jadi, JUMLAH BONUS adalah : RM48,139
  • Peratus keuntungan dari pelaburan : 53.43% (hanya menyimpan untuk 10 tahun sahaja)

 

Rumusan PRU Cash

  • Caruman Bulanan : RM264.90
  • Caruman Tempoh : 20 Tahun
  • Setiap 2 tahun sekali, RM1800 akan diberikan.
  • Boleh pilih opsyen untuk dimasukkan ke akaun sendiri, atau dilaburkan semula.
  • Kebanyakan ramai memilih opsyen dilaburkan semula – untuk kegunaan akan datang.
  • Apa akan berlaku selepas 20 tahun?
  • Caruman yang telah diberi : RM63,560
  • Bonus dijanjikan (tidak kisah ekonomi naik atau turun): RM30,000
  • Duit pelaburan semula (opsyen dilaburkan semula) : RM27,234
  • Bonus Prestasi Syarikat : RM 13,901
  • Bonus Setia Bersama Syarikat : RM 13,860
  • Jadi, JUMLAH BONUS adalah : RM 84,995
  • Peratus keuntungan dari pelaburan : 33.72% (setiap tahun, sepanjang 20 tahun menyimpan)

 

Jadi, saya tanya kepada anda;

Selepas 20 tahun, anda mahu keuntungan dari pelaburan 53.43% (hanya 10 tahun menyimpan) ATAU pelaburan 33.72%, dimana kena menyimpan sehingga 20 tahun.

Sudah pasti jawapannya adalah…. (anda jawablah sendiri)

 

Adib Yazid

Advertisement

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s