Assalamualaikum dan selamat pagi.
Insuran atau takaful, adalah bisnes yang berasaskan kepercayaan yang sangat tinggi. Salah satunya kerana ia melibatkan duit-duit yang payah datang dari hasil usaha klien-klien, untuk melindungi diri mereka daripada sebarang musibah.
Isu ejen menipu duit klien-klien mereka, masih ada. Oleh itu beberapa syarikat insuran / takaful telah mengambil pendekatan mengurangkan transaksi tunai daripada klien-ejen-syarikat, salah satunya menggunakan khidmat perbankan online.
Cara Mencarum Polisi / Takaful : Perkhidmatan Online Banking
Lazimnya, sejak dahulu cara membayar polisi / sijil takaful adalah menggunakan kaedah kutipan tunai, seterusnya dibayar ke pihak insuran / takaful. Selepas itu, wujudlah cara pembayaran menggunakan buku cek ‘cheque’ – lebih selamat.
(Hari ini, kos memproses cek adalah memerlukan kos tinggi, RM0.50 setiap cek)
Untuk memudahkan, wujud pula perkhidmatan auto-debit, iaitu penolakan secara terus daripada akaun.
Autodebit; Akaun Bank ke Akaun Insuran / Takaful
Faedah menggunakan auto-debit, adalah berjadual – misalnya, setiap 13hb atau setiap 30hb, setiap bulan. Ada beberapa bank, untuk menggunakan perkhidmatan ini anda tak perlu pengesahan akaun oleh pengurus bank contohnya Maybank. Kebanyakan bank, memerlukan pengesahan oleh pengurus bank di mana pelanggan terpaksa pergi ke bank. Setiap transaksi, akan dikenakan caj RM1 (tidak termasuk GST)
Jika masuk GST, adalah RM1.06.
Disebabkan caj ini, opsyen seterusnya adalah menggunakan kad debit atau kad kredit (kad debit berfungsi seperti kad kredit, cuma ia ditolak dari akaun).
Kad Debit; Melalui Kad Debit, terus ke Akaun Bank, baru lah ke Akaun Insuran / Takaful
Kad kredit, adalah lebih selamat daripada kad debit dimana kad debit anda perlulah meletakkan minima amaun (amaun sama dengan premium / caruman insuran & takaful anda). Faedah menggunakan kad kredit, tiada masalah miss-payment anda juga berhak mendapat poin-point untuk di-redeem akan datang.
Hari ini, terbaru perkhidmatan Online Banking. Melalui perkhidmatan ini, pelanggan sendiri perlu mempunyai akaun online dengan bank dan pelanggan membayar / mencarum sendiri setiap bulan. Untuk pemahaman lebih lanjut, anda boleh rujuk di sini.
BACA : Pembayaran Takaful – Online Banking
Seterusnya, ada perkhidmatan ATM di mana opsyen untuk sesiapa yang tiada Online Banking.
Inovasi E-Kredit
Apabila pelanggan ingin mengeluarkan duit daripada insuran / takaful atau mendapat wang pampasan / wang tuntutan, dahulunya, cek bank akan di-isu-kan dan diberi kepada pelanggan.
Seperti saya katakan di atas, caj pengurusan cek dari terima sehinggalah diproses mengeluarkan duit kepada pelanggan ada harganya (setakat ini RM0.50 setiap cek), malah proses itu juga lama – lebih kurang 3 hari bermula dari tarikh masuk ke bank.
Oleh itu, syarikat insuran / takaful telah memperkenal perkhidmatan E-Banking, dimana untuk urusan berikut:
- Tuntutan
- Pinjam Polisi (jika konvensional)
- Bonus Tunai
- Bonus Maturiti
- Bulanan Jaminan Pengeluaran
- Manfaat Survival
- Nilai Tunai Serahan
- Pengeluaran
Faedah untuk pelanggan, anda boleh dapat duit yang anda perlu kan (atau manfaat) dengan cepat. Tidak perlu sehingga ejen anda bank in ke akaun bank anda. Di sini, jimat masa sudah pasti malah risiko cek hilang boleh dihindarkan.
Bagaimana untuk menggunakan perkhidmatan ini?
1#. Jika anda masih baru, beritahu ejen yang anda jumpa – katakan anda mahu menggunakan khidmat E-Kredit. Anda hanya perlu beritahu bank mana dan no akaun yang anda mahu gunakan.
#2. Jika anda sudah menjadi pelanggan, anda boleh pergi ke branch / cawangan. Atau lebih mudah, telefon ejen anda dan katakan mahu gunakan E-Kredit.
Selamat menggunakan E-Kredit!
Adib Yazid