Assalamualaikum dan selamat pagi.
KWSP atau nama panjangnya, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (juga popular dengan nama EPF : Employee Proficient Fund) adalah simpanan untuk siapa yang bekerja dengan majikan.
Akaun KWSP adalah sangat penting untuk pekerja-pekerja di Malaysia, di mana salah satu sebab utama adalah simpanan yang boleh dipakai ketika usia persaraan (khabarnya, sekarang menyimpan di KWSP sahaja tidak mencukupi). Ia juga popular untuk pengeluaran pembayaran ansuran rumah, melanjutkan pelajaran, membiayai pendidikan samada diri sendiri atau anak-anak dan sumber kewangan untuk sakit kritikal (anda boleh rujuk laman web KWSP sendiri).
Paling popular, penyata KWSP adalah sangat penting untuk sesiapa yang ingin membuat biaya kewangan atau pinjaman melalui institusi kewangan seperti bank, untuk memohon kad kredit, kewangan peribadi, ‘loan’ rumah dan sebagainya.
Kenapa? Apabila anda mempunyai penyata KWSP bermaksud pendapatan anda adalah stabil dan bukti anda memang bekerja, ada menerima imbuhan – sebab itu penyata KWSP sangat penting.
Mana Nak Cekau Penyata KWSP?
Ketika awal karier saya bekerja sebagai jurutera, ada juga membuat ‘loan’ rumah. Bagi mendapatkan penyata KWSP, saya telah disarankan untuk ke mana-mana cawangan KWSP. Anda kena tahu, cawangan KWSP bukan seperti cawangan bank – sikit!
Opsyen lain, adalah cari mana-mana tempat yang boleh menempatkan kiosk KWSP. Prosedurnya senang, anda hanya perlukan kad pengenalan pada kiosk dan ikut arahan. Tak sampai 2 minit, dapatlah penyata tersebut.
Tapi, kiosk juga amat terhad.
Alhamdulillah, hari ini anda boleh muat turun aplikasi KWSP. Di mana anda boleh lihat nilai baki akaun KWSP, akaun 1 dan 2 dengan mudah! Hanya menggunakan telefon pintar.
Caranya bagaimana?
- Telefon KWSP, tanya pasal i-Akaun.
- Pastikan telefon bahagian khidmat pelanggan.
- Katakan kepada khidmat pelanggan, anda mahu aktifkan i-Akaun.
- SMS pengaktifan akan diberikan.
- Pastikan anda sudah muat turun aplikasi KWSP di telefon pintar.
- Ikut arahan, dan selesai!
- Anda boleh lihat baki akaun tersebut.
Bila anda tengok baki akaun, adakah anda puas hati bekerja selama ini – majikan mencarum untuk anda dan anda mencarum untuk diri anda secara paksaan.
Ingat fakta ini, pencarum KWSP akan kehabisan dana selepas 3 tahun usia persaraan.
Seram?
Adib Yazid
Cek baki akaun
LikeLike
Assalamualaikum..saya hendak tnya..apakah syarat utama untuk keluarkan duit epf..klau umur 54 tahun..dan bagaimana @ bolehkah saya keluarkan duit epf?tolong rply. .terima kasih
LikeLike
Waalaikumsalam.
Umur dibenarkan untuk keluarkan wang KWSP, umur 55 tahun. Cara hendak mengeluarkan selepas tahun dibenarkan, puan / cik boleh rujuk ke laman web atau FB Page, KWSP.
LikeLike