Bagaimana Melayan Klien / Pelanggan melalui Whatsapp (Akan Datang Disesuaikan dengan Insuran / Takaful?)

Assalamualaikum.

Saya jumpa bacaan bagus di Facebook.

 

#1. INTRO

Ini yang paling penting dan wajib tanya pada setiap orang. Bila prospek Whatsapp atau anda Whatsapp prospek.

Tak perlu panjang lebar pun. Cukup guna ayat pendek.

Salam, terima kasih saya Akira dari Tsoho HQ, boleh berikan nama dan area mana ? 

Kenapa perlu tanya nama dan area mana ? Sebab bila dapat nama senang untuk kita simpan nama dalam telefon dan simpan dalam database kita, dan kita perlu tahu prospek dari kawasan mana untuk memastikan iklan yg kita buat itu efisen dan adakah tepat dari “targetted audience” yg kita letakkan.

Bila kita tahu prospek dari kawasan mana juga akan memudahkan kita bagi harga produk nanti. Sesetengah produk harga tak sama untuk semenanjung dan Sabah Sarawak. Jadi bila bagi harga boleh bagi terus mengikut kawasan dan cara ini lebih efektif kerana prospek tidak akan bertanyakan lagi kenapa harga berbeza sangat dan sebagainya.

Silap-silap customer nak mintak pos ke semenanjung pulak , katanya ada nenek ipar belah adik angkat ada kat situ, dia nak balik singgah tengok, boleh la jimat kos pos dan lain2 lagi. Kita juga yg kena layan.

 

#3. SAVE NUMBER 

Ramai yg tak buat perkara mudah ini dan ambil mudah, kita harus ingat walaupun dalam sehari kita dapat prospek 100 orang sekalipun, bukan dia bayar atau online-banking (bank-in) terus pada hari yg sama, jadi kita kena follow-up mereka untuk tanya dan berikan peringatan.

Kalau dah sehari 100 prospek masuk Whatsapp, takkan kita nak Whatsapp satu-satu kan ? Mesti kita guna fungsi BROADCAST di Whatsapp tu, kalau guna grup Whatsapp nanti kantoi pula ramai-ramai letak dalam satu grup, silap-silap ahli group tu yg akan promosi iklan produk mereka dan dapatkan nombor telefon prospek kita.

Jadi kita gunakan fungsi BROADCAST yg ada di Whatsapp, prospek akan dapat mesej kita seperti kita Whatsapp mereka secara peribadi, walaupun hakikatnya kita blast follow-up untuk 100 orang dengan ayat yg sama.

Tapi jika prospek kita tak simpan number phone kita, mereka takkan dapat Whatsapp yang kita broadcast itu.

Kerana itu pada peringkat awal lagi kita perlu minta mereka simpan nomber telefon kita, sekarang cuba taip sendiri nombor telefon dalam telefon dan simpan nama yg berkaitan dengan bisnes anda, lepas itu terus attach contact send pada prospek.

Mereka juga akan lebih senang dengan hanya tekan Add To Contact dah ada nombor telefon kita dalam telefon mereka, tak perlu nak taip satu-satu nombor. Mereka senang, kita girang.

 

#3. MASALAH 

Selepas kita ucapkan terima kasih kepada prospek selepas mereka simpan number phone kita, kita tanya masalah yg mereka hadapi. 80% yang jumpa saya biasanya tak tanya benda ni, dan terus bagi harga kalau mereka minta harga , kerana bila prospek dah dapat harga terus mereka diam, sebab rasa tak mampu.

Kita harus ingat, mereka tak mampu sebab mereka tak nampak lagi apa kelebihan produk kita, servis kita, tak rasa penting lagi, perlu ke beli atau tidak, walaupun hakikatnya dah contact kita itu sebenarnya dalam hati kecil mereka , mereka nak beli.

Bila kita closing , pastikan anggap diri kita sebagai orang terpower di dunia, seorang konsultan, bukan penjual, kena layan customer , fahami mereka, baru mereka akan faham kita. Jadikan diri kita sebagai pendengar, tapi janganlah dengar sahaja, soalan pun asyik prospek kena tanya kat kita baru kita jawab, ini salah. Dan bila tanya pula bukan mcm ni .

Hi sis boleh beritahu apa masalah yg sis hadapi sekarang ? 

Kalau dia jawab, masalah saya sekarang adalah masalah tak ada duit ? Apa kita nak jawb ?Nak promote lagi produk kita ?

Jadi cara terbaik adalah, kita senarai kan siap-siap apakah masalah mereka hadapi. Kita tengok balik dari pelanggan kita sebelum ini, 80-90% masalah yg dihadapi mereka, biasanya prospek kita adalah orang yg mengalami masalah yg sama.

Senaraikan sekurang-kurangnya 5 masalah “common” pada customer anda.

Contoh nya saya jual alat penghapus aura-aura jahat , jadi masalahnya mestilah berkaitan

  1. Masalah sakit hati jiran beli mesin basuh baru
  2. Masalah hati busuk sebab dengki tengok orang lain banyak job dari kita
  3. Masalah otak buruk sebab selalu dimomokkan kawan2 negatif , dengki like status banyak, kita tak banyak
  4. Masalah stress sebab kedai makan tak berapa laku , orang sebelah laku
  5. Masalah suka mengutuk orang tanpa usul periksa dan tak tahu cerita sebenar tapi rasa hebat nak mati jadi nak kutuk sebab power dan terlalu sifu jadi mesti tunjuk hebat.

Boleh sis berikan yg mana satu masalah yg dihadapi ? 

Apa saja masalah yg boleh di hubungkan dengan produk anda. Tapi jangan meleret. Di atas itu contoh.

Jadi prospek akan bagi respon.

Masalah saya adalah no 1,2,4. Ataupun masalah saya adalah no 1.

Jadi kita nampak dah apa yg masalah mereka hadapi, tak perlu pening2 tanya masalah apa dan memahami, kebanyakan sifu lain mungkin mintak kita tanya, tapi saya bukan sifu, jadi suka hati saya nak buat apa , OK? Haha.

Bila mereka dah bagi jawapan kita boleh fokus dengan penyelesaian pulak.

 

#4. INFO MASALAH 

Ok, lepas prospek jawab apa masalah yg mereka hadapi, pastikan kita jawab dan bagi sedikit info apa sebenarnya masalah mereka hadapi dan kenapa. Bukannya prospek letih bagi masalah, karang panjang-panjang cerita kisah hidup dia, kita terus bammm! Bagi testimoni produk bla -bla , produk ini mampu selesaikan masalah tuan puan.

Kalau dah buat mcm tu, baik tak payah tanya masalah apa, sibuk sangat nk menjual kan? Ingat tujuan kita berniaga, kita nak selesaikan masalah prospek kita. Bukan nak duit semata.

Jadi sertakan jawapan yg memberi keyakinan dan perasaan yg berbunga-bunga kepada prospek kita.

Contohnya.

Ok masalah suka kutuk orang ni sebenarnya berlaku apabila molekul -molekul kejahatan kita semakin berkembang kerana pemikiran kita terlalu jumud dan mundur, dan sis sebenarnya rasa sis power sangat kerana sis tak kenal lagi siapa orang yg sis kutuk tu dan rasa kenal sebab tengok orang sekeliling dan disogokkan oleh orang2 lain yg kononnya kata kenal sebenarnya tak kenal pun. 

InsyaAllah dengan produk ini akan mampu menghalang perasaan jahat ini. Ye lah takkan sis nk rasa mcmni je kan ?Sebab kalau mati kejap lagi kita tak sempat nak mintak maaf, naya kita kan sis ? 

Habiskan ayat kita dengan pertanyaan yg berkaitan, biar mereka jawab dengan jawapan.

  • Itulah yg saya risau
  • Betul sangat, sebab tu saya cari produk ni
  • Kan, takut saya risau sangat masalah ni makin teruk.

Itulah kalau mati kejap lagi, dosa kita dengan tuhan kita boleh minta ampun dengan tuhan, tapi dosa kita dengan manusia takkan terhapus kalu dia tak maafkan kita kan ? Ya Allah takutnya .

Dan apa sahaja jawapan yg akan membuatkan mereka lebih faham dengan masalah mereka sendiri dan berkobar-kobar untuk selesaikan masalah yg dihadapi nya.

 

#5. TESTIMONI.

Ok lepas kita cerita sikit pasal masalah dan prospek dah iyakan kita, maka saat inilah kita bina keyakinan tentang produk kita, sertakan sekurang-kurangnya 3 testimoni kejayaan yg produk kita dah selesaikan masalah, masalah apa ?

Masalah yg sama dihadapi oleh prospek ni, jadi prospek akan lebih yakin dan teruja. Tapi ingat bukan sertakan screen shot sahaja, pastikan cerita sedikit apa dalam testimoni tu.

Contohnya;

Ok sis, kalau sis tengok testimoni kita ni, Ali ni dulu suka sangat kutuk dan tuduh orang tanpa usul periksa, sampai satu tahap boleh jatuh fitnah, sehingga orang terdekat dengan dia pula risau dan terus tanya yg Ali tuduh tu, dan ternyata tak benar, Ali sangat sedih dan kecewa tapi ali masih ego taknak minta maaf. Namun setelah menggunakan produk aura matikan negatif ini selama 2 minggu Ali dah berubah, rasa hati lebih tenang dan setiap hari minta maaf pada orang yg Ali tuduh tu. 

Dan akhirnya Ali mati dengan ketenangan , alhamdulillah, Seronokkan sis kalau sis pun mcm ni jgk ? 😀 

Nampak tak saya akhiri dengan pertanyaan ? Sebab nak bagi prospek itu balas dan bukan sekadar seen sahaja tanpa berita. Dan kenapa perlu ceritakan sedikit walaupun dah bagi testimoni ? Sebab screenshot yg kita beri dan sampai tak bermaksud mereka baca, mungkin mereka tak loading pun gambar tu, sebab nak save data mereka. Jadi bila kita cerita sedikit biar mereka rasa tertarik dan lantas secepat kilat terus loading dan fahami testimoni kita.

 

#6. USP / UVP 

Usp dalam bahasa bidayuh maksudnya Unique Selling Point, dan UVP pula maksudnya Unique Value Proposition. Saya taknak ulas panjang perkara ini, nanti panjang pulak.

Secara ringkasnya, apakah ciri-ciri produk ini yg berbeza dengan orang lain, kelebihan dan kesan faedahnya kepada bakal prospek tu.

Boleh bahagikan siap2 pada skrip closing.

Contohnya;

NO KKM 

MAL 9404040 

Cara guna : Lipatkan kad ini dengan jari manis, tampalkan pada atas dahi selama 10 minit dan rasakan denyutan nadi selama 15 saat dan simpan kad untuk digunakan sehingga cel2 negatif semua mati.

Bahan bahan produk

Antara bahan2 produk kami adalah berasaskan herba dan disahkan halal seperti kicap manis, udang galah, sotong dan lain-lain.

Tambah lagi sedikit dengan apa kesan dan faedah nya bila mereka gunakan produk kita, tapi ingat pastikan berkaitan dengan masalah prospek.

Contohnya : (masukkan unsur kebaikan yg bakal terjadi dan harapan yg baik)

Saya percaya kalau sis gunakan produk ini selama 2 minggu, insyaAllah masalah busuk hati sis itu akn berkurangan dan akan menjadi lebih baik,dalam masa 3 minggu sis dan org yg sis dengki tu akan berbaik dan manatahu tengok esok-esok boleh JV skali projek2 yg ada, yelah kita manusia ni kan ada kelebihan masing2. Rugi masa gaduh2 benda tak guna ni, betul tak sis ? 

Tapi biasanya USP dan UVP ni bergantung kepada prospek, kalau jenis prospek tak kisah dan tak tanya benda-benda begini tak perlu beritahu, kadang-kadang ada yg beli dulu baru tanya cara guna dan sebagainya.

Jadi langkah ini boleh di kecualikan jika perlu, tapi langkah lain wajib kena buat, ikut turutan !

 

#7. HARGA 

Nampak tak, harga adalah bahagian akhir kena bagi, bukan prospek awal-awal mintak harga terus bagi, bila terus bagi itu lah yg terus senyap dan malas jawb walau kita tanya masalah, tanya siapa nama dan sebagainya.

Tapi untuk bagi harga pula ada skill dia.

Contohnya.

Dari perbualan kita tadi saya dapatkan rasakan masalah yg sis hadapi ni dah terlalu teruk dan perlu dirawat segera, sebelum hati jadi hitam dan busuk bernanah, saya cadangkan sis amik 2 set/3 set , lagipun dapat diskaun lebih lagi. Ok tak gitu ? Ke sis tak nak diskaun ?

Semua manusia nak diskaun, hantu je yg taknak ni, kita bagi diskaun dan juga kita bagi cadangan untuk mereka beli lebih banyak, terutamanya produk yg terlalu rendah margin, bagaimana kita nak survive adalah dengan jual pakej combo.

Berikan senarai harga.

Harga asal 1 kad ini adalah rm99, tapi kalau bankin sekarang rm60 sahaja.If sis beli dua mcm saya cakap tadi, lagi best sebab dapat rm80 sahaja untuk 2 kad. 

RM99 X 2= RM180 

RM180- RM80 = RM80 JIMAT ! 

Jadi sis lebih jimat kalau ambil dua, jadi 1 atau 2 ? 

Nampak tak kita bagi cadangan dan penjimatan kepada mereka ? Dan siap bagi kiraan supaya prospek nampak berapa besar nilai jimat bukannya berapa besar mereka perlu keluarkan duit untuk beli.

Nak lagi best, tambah unsur-unser free gift kalau bankin hari yg sama or dalam masa 24jam, buat urgency, bukannya urgency kata ada 100 unit lagi, tapi dalam stor beribu lagi sebenarnya, itu dah menipu, jangan ye anak-anak murid sekalian , saya tak suka.

 

#8. NO AKAUN. 

Akhirnya dah sampai ke peringkat no akaun, kita boleh berikan dengan tenang dan pastikan letak butiran lengkap.

Contohnya

552189510920 TSOHO INTERNATIONAL SDN BHD MAYBANK 

Selepas bankin berikan :

  • Nama
  • Alamat
  • No phone 
  • Gambar resit

Payment sebelum pukul 3 kita poslaju harini yg sama , TQ sis, semoga dimurahkan rezeki insyaAllah sis akan dapat sesuatu yg lebih baik dengan produk ini.

 

Dah siap dah, harap-harap semua puas hati, kalau ada salah silap maafkan saya, yelah semua orang ada cara masing-masing, saya hanya share sahaja, kalau rasa tak menarik jangan buat, tapi kalau rasa best, boleh rm100 ke akaun bank diatas, itu memang akaun betul. Hahaha

Lepas baca jangan lupa like dan share, komen sedikit apa yg anda buat dan anda dapat. Kita sama sama menuju kejayaan.

 

 

 

Adib Yazid

Advertisement

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s